Khilafah Palsu vs Khilafah Ala Minhaj Nubuwah

Pada tahun 2011, ketika ISIS mula muncul di corong-corong media, umat Islam keliru sama ada inilah Khilafah, atau daulah Islam yang dijanjikan Rasulullah s.a.w?
Selepas beberapa tahun, ternyata Khilafah versi Hollywood ini diyakini bukanlah Khilafah yang sebenar, melainkan segerombolan manusia sama ada yang diperguna kerana semangat mereka yang membara, atau mereka yang ditipu kerana kejahilan mereka tentang fiq siyasi atau keduanya sekali.
Sebaliknya, Khilafah yang diperkenalkan Hizbut Tahrir adalah relevant di seluruh dunia. Membawa ideology Islam untuk dimuliakan di atas segala ideology kufur ciptaan manusia. Membawa manusia dari perhambaan sesama manusia dalam sistem demokrasi yang bertuhankan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah Yang Maha Agung. Mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia menuju keluasan akhirat yang kekal abadi.
Hizb menyeru kepada jihad tetapi Hizb bukan kelompok jihad.
Hizb menyeru kepada penukaran sistem tetapi tidak menyokong kudeta (rampasan kuasa dan kekerasan).
Hizb memusuhi sistem kufur tetapi memperkuatkan persaudaraan sesama muslim merentasi sempadan wilayah dan bangsa.
Bagi mereka yang rindukan kebangkitan hakiki, fajar khilafah sesungguhnya mulai menyingsing, gergasi yang sudah lama tidur ini mulai bangkit.

 

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa…” [TMQ an-Nur (24):55].

 

Ianya JANJI Allah dan Allah tidak sesekali memungkiri janji Nya.

USP (Unique Selling Proposition)

Dalam business, USP adalah “nyawa” bagi memastikan sesebuah perniagaan kekal relevan dalam industri.

USP bermaksud, sesuatu nilai yang dibawa oleh produk, yang membezakannya dari pesaing yang sejenis, sama ada dari segi harga, jenama (trade mark), atau apa-apa sahaja yang memberi ciri unik kepada sesuatu produk.

Jenama yang besar seperti Nokia pun boleh terjejas kerana isu plagiat, isu tiruan. Ini kerana, pesaing boleh mencipta produk yang betul-betul serupa dengan pesaingnya, dan menjual dengan harga yang lebih murah atau mengambil trade secret untuk digunapakai oleh mereka.

Nai Kak Wook

Walaubagaimanapun kalau kita tengok, Levis, Adidas, Nike, KFC, McDonald, Milo dan banyak lagi jenama besar di dunia, yang betul-betul kena tiru SEBIJIK, termasuk dengan trademark nya sekali. Selepas puluhan tahun, mereka masih lagi kekal gergasi dalam industri masing-masing.

Hari ni, aku ke Bazar Ramadhan di Chukai, Kemaman. Antara juadah yang aku beli ialah Nasi Kak Wook. Aku tanya kepada peniaga tu, ni resipi ori Kak Wook ke, dia jawab, tak lah. Cuma saya masak style Kak Wook.

Allahyarhamah Mek Wook Hassan adalah pengasas perniagaan jenama Kak Wook, yang berniaga di Kota Bharu, adalah salah seorang tukang masak di warung arwah Nenek aku pada usia mudanya. Beliau memiliki business minded, mengembangkan resipi “ayam kerompeh” (ayam dipotong kecil bersama gulai pekat dan manis) yang asalnya dijual arwah nenek di warungnya.

Hari ini, nama Kak Wook ada di mana-mana, tanpa ada apa-apa kaitan dengan pereka asal resipi, Hajah Halimah (Arwah nenek aku), dan Trademark Kak Wook sendiri dikembangkan oleh ramai peniaga, yang sama-sama mencari rezki di merata tempat.

Nasi Kak Wook sudah synonym dengan menu ayam kerompeh bersama gulai pekat.

Isu kat sini, apakah kami waris kepada pemunya respi asal “ayam kerompeh” berhak nak tuntut royalti keuntungan dari Kak Wook?

Apakah waris Kak Wook berhak tuntut dari semua penjaja dan peniaga yang meletakkan nama Kak Wook pada perniagaan mereka?

Setahu aku, keluarga Kak Wook berpendapat, mereka redha saja. Lagipun, menurut mereka, semua rezki dari Allah.

Berbalik kepada USP, sesuatu perniagaan yang berjaya bukanlah kerana kehebatan produk semata-mata, dan kejatuhan sesuatu perniagaan bukanlah semata-mata kerana persaingan. Keberadaan USP menentukan ia kekal relevant dalam perniagaan.

Kata SifuFBads, kalau tak ada USP baik tak payah berniaga!!!

Seseorang peniaga tidak patut meletakkan GAGAL atau BERJAYA perniagaan mereka disebabkan orang lain, iaitu faktor yang tidak mampu mereka kawal.

Banyak jenama yang ada di pasaran berdepan dengan lambakan barang tiruan tetapi dengan memiliki USP mereka yang tersendiri, mereka terus maju.

Kata Khun Prasit Supsakorn, pengasas Tipco Asphalt Group, salah satu gergasi industri di Thailand “We become champion in this industry, not because we are the first one who do it, but we are the first one who do it DIFFERENTLY”….

 

Hope, Vision & Victory in Ramadan

Hope, Vision & Victory in Ramadan

وَاللّٰهُ غَالِبٌ عَلٰى أَمْرِهٖ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti… (Surah Yusuf Ayat 21)

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w di Makkah, di kala baginda dan kau muslimin ditindas, dipulaukan, difitnah dan dibunuh oleh mushrikin Makkah.

Allah azzawajallah mengingatkan kepada baginda akan kisah Nabi Yusuf AS yang diuji dengan pelbagai ujian, termasuk dicampak ke dalam perigi oleh adik beradiknya sendiri, dihumban ke dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah, dan dari kisah Nabi Yusuf AS ini, pada akhirnya, adik beradik yang dahulunya melakukan khianat kepada beliau datang kepada Yusuf AS dan meminta bantuan makanan dan pertolongan. Allah juga telah mengangkat Yusuf AS menjadi salah seorang pembesar yang bertanggungjawab terhadap perbendaharaan negara setelah dibebaskan dari penjara.

Allah menunjukkan bahawa Dia memiliki KAWALAN PENUH ke atas segala perkara yang berlaku, dan ia tidak berat buat Allah walaupun sedikit.

Beberapa pengajaran:

1. HOPE: Para pemikul dakwah tidak sesekali bersendirian dalam menghadapi segala kesukaran kerana Allah bersama mereka. Jangan berhenti dari berharap kepada Allah
2. VISION: Al Quran adalah petunjuk bagi seluruh manusia. Islam membawa solusi terhadap segala macam permasalahan hidup manusia.
3. VICTORY: Allah berkuasa memberi kemenangan kepada hamba Nya yang soleh, dan ianya kemenangan yang dijanjikan

Perang Ke Atas Islam

Berita pagi tadi melaporkan, Perdana Menteri Britain, Theresa May menyebut “extremist Islam” sebagai suspek serangan yang berlaku di London semalam. Kerajaannya bertekad untuk memerangi pelampau Islam habis-habisan.

Berita yang sama juga menyebut, kepungan tentera Filipina melancarkan serangan udara ke atas kedudukan puak pengganas DAESH di selatan negara itu yang menyaksikan ribuan penduduk awam terperangkap dalam pertempuran pihak kerajaan dengan penentang. Dinyatakan, puak bersenjata itu mempamerkan “bendera hitam” DAESH.

Kejadian disebut keganasan ini timbul dengan lebih ketara sebaik sahaja Trump bersama para pengikutnya berikrar untuk menyertai usaha “memerangi Pengganas” baru-baru ini. Di antara watak-watak utama para pemerintah umat Islam yang besama Trump dalam majlis itu, bukan lagi rahsia, memiliki rekod keganasan mereka tersendiri. Sama ada ianya kudeta berdarah, serangan ke atas wilayah umat Islam yang lain dengan kebenaran Amerika, ataupun pemerintah yang mengugut, mengangkap, memenjara, rakyat mereka sendiri yang berjuang menyampaikan kebenaran.

Anehnya, GANAS hanya berlaku bila DAESH yang buat. Basyar Assad bukanlah pengganas sekalipun melancarkan bom-bom kimia ke atas rakyatnya sendiri. Israel bukanlah pengganas walaupun berpuluh tahun menyeksa dan membunuh rakyat Palstine. Amerika yang menggugurkan ratusan ribu bom di Iraq dan Afghan, mengorbankan ratusan ribu nyawa bukanlah pengganas. Yang ganas, yang seluruh dunia wajib gerun, yang paling barbarik hanyalah sekumpulan manusia yang dikatakan beragama Islam, menggunakan bendera hitam sebagai lambang, berslogan dengan perkataan Khilafah atau Daulah Islamiyyah.
Hanya dengan sedikit kepekaan politik, kita mampu memahami, mesej subliminal (mesej yang cuba mempengaruhi minda separa sedar) yang dibawa dalam propaganda ini ialah:
1. Islam itu ganas
2. Mematuhi ajaran Islam wajib “sederhana”. Jangan ikut semua, ikutlah mazhab Amerika
3. Khilafah, Daulah Islamiyyah adalah idea ganas yang tidak boleh diterima
4. Perjuangan menegakkan system Islam bererti mengobarkan keganasan

Sejak dahulu hingga sekarang, sesungguhnya musuh-musuh Islam selalu berniat melenyapkan Islam dan kaum muslimin. Mereka melakukannya dengan berbagai cara. Allah SWT mengingatkan kita agar berwaspada terhadap makar-makar mereka. Allah SWT berfirman:

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً

Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…. [an-Nisâ`/4:89].

Oleh kerana itu, kita wajib berwaspada terhadap bahaya musuh-musuh Allah. Ketahuilah, hidup kita pada zaman ini tidak luput dari bahaya tersebut. Penampilan musuh-musuh Allah boleh saja menampakkan perbuatan baik dan jujur, bahkan mereka mungkin sahaja saja manawarkan pertolongan dan persahabatan yang kelihatan ikhlas. Meskipun demikian, kita jangan sampai tertipu dan terperdaya dengan penampilan mereka yang kelihatan indah dan menarik, kerana disebalik semua itu adalah tipu daya yang penuh racun.

-Sabri Yaacob-
10 Ramadhan 1438 H