Perang Ke Atas Islam

Berita pagi tadi melaporkan, Perdana Menteri Britain, Theresa May menyebut “extremist Islam” sebagai suspek serangan yang berlaku di London semalam. Kerajaannya bertekad untuk memerangi pelampau Islam habis-habisan.

Berita yang sama juga menyebut, kepungan tentera Filipina melancarkan serangan udara ke atas kedudukan puak pengganas DAESH di selatan negara itu yang menyaksikan ribuan penduduk awam terperangkap dalam pertempuran pihak kerajaan dengan penentang. Dinyatakan, puak bersenjata itu mempamerkan “bendera hitam” DAESH.

Kejadian disebut keganasan ini timbul dengan lebih ketara sebaik sahaja Trump bersama para pengikutnya berikrar untuk menyertai usaha “memerangi Pengganas” baru-baru ini. Di antara watak-watak utama para pemerintah umat Islam yang besama Trump dalam majlis itu, bukan lagi rahsia, memiliki rekod keganasan mereka tersendiri. Sama ada ianya kudeta berdarah, serangan ke atas wilayah umat Islam yang lain dengan kebenaran Amerika, ataupun pemerintah yang mengugut, mengangkap, memenjara, rakyat mereka sendiri yang berjuang menyampaikan kebenaran.

Anehnya, GANAS hanya berlaku bila DAESH yang buat. Basyar Assad bukanlah pengganas sekalipun melancarkan bom-bom kimia ke atas rakyatnya sendiri. Israel bukanlah pengganas walaupun berpuluh tahun menyeksa dan membunuh rakyat Palstine. Amerika yang menggugurkan ratusan ribu bom di Iraq dan Afghan, mengorbankan ratusan ribu nyawa bukanlah pengganas. Yang ganas, yang seluruh dunia wajib gerun, yang paling barbarik hanyalah sekumpulan manusia yang dikatakan beragama Islam, menggunakan bendera hitam sebagai lambang, berslogan dengan perkataan Khilafah atau Daulah Islamiyyah.
Hanya dengan sedikit kepekaan politik, kita mampu memahami, mesej subliminal (mesej yang cuba mempengaruhi minda separa sedar) yang dibawa dalam propaganda ini ialah:
1. Islam itu ganas
2. Mematuhi ajaran Islam wajib “sederhana”. Jangan ikut semua, ikutlah mazhab Amerika
3. Khilafah, Daulah Islamiyyah adalah idea ganas yang tidak boleh diterima
4. Perjuangan menegakkan system Islam bererti mengobarkan keganasan

Sejak dahulu hingga sekarang, sesungguhnya musuh-musuh Islam selalu berniat melenyapkan Islam dan kaum muslimin. Mereka melakukannya dengan berbagai cara. Allah SWT mengingatkan kita agar berwaspada terhadap makar-makar mereka. Allah SWT berfirman:

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً

Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)…. [an-Nisâ`/4:89].

Oleh kerana itu, kita wajib berwaspada terhadap bahaya musuh-musuh Allah. Ketahuilah, hidup kita pada zaman ini tidak luput dari bahaya tersebut. Penampilan musuh-musuh Allah boleh saja menampakkan perbuatan baik dan jujur, bahkan mereka mungkin sahaja saja manawarkan pertolongan dan persahabatan yang kelihatan ikhlas. Meskipun demikian, kita jangan sampai tertipu dan terperdaya dengan penampilan mereka yang kelihatan indah dan menarik, kerana disebalik semua itu adalah tipu daya yang penuh racun.

-Sabri Yaacob-
10 Ramadhan 1438 H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *