USP (Unique Selling Proposition)

Dalam business, USP adalah “nyawa” bagi memastikan sesebuah perniagaan kekal relevan dalam industri.

USP bermaksud, sesuatu nilai yang dibawa oleh produk, yang membezakannya dari pesaing yang sejenis, sama ada dari segi harga, jenama (trade mark), atau apa-apa sahaja yang memberi ciri unik kepada sesuatu produk.

Jenama yang besar seperti Nokia pun boleh terjejas kerana isu plagiat, isu tiruan. Ini kerana, pesaing boleh mencipta produk yang betul-betul serupa dengan pesaingnya, dan menjual dengan harga yang lebih murah atau mengambil trade secret untuk digunapakai oleh mereka.

Nai Kak Wook

Walaubagaimanapun kalau kita tengok, Levis, Adidas, Nike, KFC, McDonald, Milo dan banyak lagi jenama besar di dunia, yang betul-betul kena tiru SEBIJIK, termasuk dengan trademark nya sekali. Selepas puluhan tahun, mereka masih lagi kekal gergasi dalam industri masing-masing.

Hari ni, aku ke Bazar Ramadhan di Chukai, Kemaman. Antara juadah yang aku beli ialah Nasi Kak Wook. Aku tanya kepada peniaga tu, ni resipi ori Kak Wook ke, dia jawab, tak lah. Cuma saya masak style Kak Wook.

Allahyarhamah Mek Wook Hassan adalah pengasas perniagaan jenama Kak Wook, yang berniaga di Kota Bharu, adalah salah seorang tukang masak di warung arwah Nenek aku pada usia mudanya. Beliau memiliki business minded, mengembangkan resipi “ayam kerompeh” (ayam dipotong kecil bersama gulai pekat dan manis) yang asalnya dijual arwah nenek di warungnya.

Hari ini, nama Kak Wook ada di mana-mana, tanpa ada apa-apa kaitan dengan pereka asal resipi, Hajah Halimah (Arwah nenek aku), dan Trademark Kak Wook sendiri dikembangkan oleh ramai peniaga, yang sama-sama mencari rezki di merata tempat.

Nasi Kak Wook sudah synonym dengan menu ayam kerompeh bersama gulai pekat.

Isu kat sini, apakah kami waris kepada pemunya respi asal “ayam kerompeh” berhak nak tuntut royalti keuntungan dari Kak Wook?

Apakah waris Kak Wook berhak tuntut dari semua penjaja dan peniaga yang meletakkan nama Kak Wook pada perniagaan mereka?

Setahu aku, keluarga Kak Wook berpendapat, mereka redha saja. Lagipun, menurut mereka, semua rezki dari Allah.

Berbalik kepada USP, sesuatu perniagaan yang berjaya bukanlah kerana kehebatan produk semata-mata, dan kejatuhan sesuatu perniagaan bukanlah semata-mata kerana persaingan. Keberadaan USP menentukan ia kekal relevant dalam perniagaan.

Kata SifuFBads, kalau tak ada USP baik tak payah berniaga!!!

Seseorang peniaga tidak patut meletakkan GAGAL atau BERJAYA perniagaan mereka disebabkan orang lain, iaitu faktor yang tidak mampu mereka kawal.

Banyak jenama yang ada di pasaran berdepan dengan lambakan barang tiruan tetapi dengan memiliki USP mereka yang tersendiri, mereka terus maju.

Kata Khun Prasit Supsakorn, pengasas Tipco Asphalt Group, salah satu gergasi industri di Thailand “We become champion in this industry, not because we are the first one who do it, but we are the first one who do it DIFFERENTLY”….

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *