China kebangkitan dan kelemahannya

 

1). Kebangkitan China adalah dari segi ekonomi
Runtuhnya ideologi Sosialism pada tahun 1991, juga telah memberikan kesan kepada perkembangan China sebagai sebuah kuasa Komunis. Secara perlahan-lahan China membuat pembaharuan terhadap dasar dalaman, iaitu sejak tercetusnya tragedi dataran Tianamen pada 1989 yang menyaksikan protes besar-besaran pelajar universiti China yang menuntut pembaharuan. Secara perlahan-lahan, China yang mempunyai infrastruktur industrinya telah mula bangkit di dalam berbagai sektor terutamanya bidang pembuatan dan perindustrian. Kebangkitan China tersebut telah dinyatakan oleh Samuel Huntington di dalam bukunya “Clash of Civilization” yang mengatakan bahawa China akan menjadi kuasa besar pada kurun ke-21. Selain itu, lama sebelum ramalan oleh Samuel Huntington, Napoleon Bonaparte jeneral Perancis pada kurun ke-18 pernah berkata tentang China, “China adalah gergasi yang masih tidur, biarkannya tidur. Sebabnya apabila di bangun, dia akan mengegarkan seluruh dunia”.
Fakta bahawa mana-mana yang hanya bangkit dari segi ekonomi tidak mungkin dapat mempertahankan kebangkitan mereka pada masa yang lama. Ekonomi Jepun telah mejadi sangat kuat pada tahun 1980an sehingga awal tahun 1990an. Sehinggakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad memperkenalkan dasar pandang ke timur untuk menyarankan rakyat negara ini supaya mencontohi kebangkitan Jepun dan juga Korea Selatan dari segi ekonomi. Sehinggakan Jepun telah membeli banyak asset-aset dan syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat. Tetapi kebangkitan tersebut hanyalah seketika dan tidak berpanjangan apabila terjadinya krisis kewangan Asia pada tahun 1997, di mana ekonomi kedua-dua negara jatuh merundung.
Kini China melakukan perlaburan di banyak negara-negara lain di dunia termasuklah di benua Afrika dan Asia, sebagaimana Jepun dan Korea Selatan pernah melakukannya sejak tahun 1980an. Setengah-setengah ahli ekonomi meramalkan bahawa China akan mengalami krisis ekonomi di dalam beberapa tahun akan datang.

2). Kebangkitan ketenteraan China kebangkitan ekonomi yang memacu sektor ketenteraan.
Sektor pembuatan adalah sektor yang paling penting di dalam ekonomi China. Melalui sektor inilah, China telah mengeluarkan pelbagai barangan ekspot keluar negara. Juga dengan kemajuan di dalam sektor ini, ianya dapat mengurangkan kebergantungan ke atas negara lain. Juga kemajuan di dalam sektor ini dapat menjadikan China mengembangkan industri ketenteraan mereka sehingga menjadi ketenteraan yang terkuat di rantau Asia. Walaupun China merupakan negara Asia yang pertama yang membangunkan senjata nuklear mereka sendiri pada tahun 1960an, kelengkapan ketenteraan China dari segi kapalterbang, kapal perang, kapal pengangkut (super-carrier) masih di berada di generasi lama, dan tidak berupaya untuk bersaing dengan kuasa besar lain seperti Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Jadi kini China sudah menjadi kuasa ekonomi, maka sektor pembuatan menjadikan China membangun untuk memodenkan ketenteraan mereka. Memang banyak empire di dunia menjadi kuasa ketenteraan namun mereka tidak berupaya mempertahankan kekuasaan mereka akhirnya.

3). Kebangkitan China bukanlah kebangkitan berideologi
Sesuatu negara berideologi akan mengembangkan ideanya ke negara lain di dunia untuk memaksa negara lain di dunia untuk menerima idea mereka itu. Ini adalah salah satu cara untuk mengembangkan ideologi tersebut. Empayar-empayar kuno yang wujud sejak tamadun manusia bukan merupakan empayar yang mempunyai dan mengembangkan ideologi. Empayar Rom yang dimulakan di Rom bermula sebagai empayar penyembah berhala dan kemudian menjadi empayar agama Kristian, yang kemudian berkembang menjadi dua empayar iaitu Rom Barat yang berada di kawasan Eropah Barat, sementara empayar Byzantium berkembang di kota Konstantine (Istanbul). Sementara empayar Parsi adalah empayar penyembah api atau majusi. Kedua-dua empayar besar dan kaya-raya ini berdepan dengan sebuah negara kecil yang berideologikan Islam yang ditubuhkan di Madinah pada 623 Masehi. Sewaktu Rasulullah (SAW) menubuhkan negara Islam pertama di Madinah, Madinah tidak mempunyai sebarang kekayaan material yang boleh menandingi kekuatan kedua-dua empayar tersebut. Pedagang-pedagang Arab selalunya merantau jauh ke wilayah Syam di sebelah utara yang merupakan sempadan di antara dua kuasa besar iaitu empayar Rom dan Parsi, untuk mengaut keuntungan. Tetapi disebabkan Daulah Islamiyyah merupakan suatu negara pengembang ideologi Islam dan tambahan pula idea yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) dan para pengembang dakwah dari kalangan para sahabat (ra) adalah idea (Islam) yang kuat dan benar (Haqq), maka Islam senang disebarkan secara meluas keseluruh pelusuk tanah Arab di tengah-tengah kegelapan dan kezaliman yang menyelebungi kehidupan manusia pada masa itu. Negara Daulah Islam yang diasaskan oleh Rasulullah (SAW) yang kemudian menjadi Khilafah Islam pada zaman Khulafa ar-Rasydiin adalah negara berideologikan Islam sebab negara itulah yang melindungi Islam, melaksanakan hukum Islam dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

Sama juga keadaannya di Eropah selepas revolusi Perancis pada kurun ke-18 yang menyaksikan munculnya idea atau pemikiran sekularism di Eropah Barat yang memisahkan agama daripada kehidupan individu. Apabila penjajah negara-negara Eropah merantau keluar ke Asia dan Afrika untuk memulakan penjajahan secara military, mereka juga melaksanakan idea tersebut keatas tanah-tanah jajahan mereka itu. Penjajah negara-negara Eropah seperti Netherlands, Britain dan Perancis adalah negara-negara berideologi Kapitalis melakukan hal yang demikian, bukan sahaja untuk merompak kekayaan dari negara lain tetapi juga untuk memastikan tanah jajahan mereka menerima idea atau pemikiran sekularism yang bermula di Eropah Barat. Pada kurun ke-20 juga menyaksikan kemunculan ideologi Sosialis/Komunis yang merupakan anti-tesis kepada ideologi Kapitalis, yang bermula di Rusia dan China. Kedua-dua negara tersebut memulakan penaklukan ke atas negara berdekatan seperti Eropah Timur, Asia Tengah, Turkestan Timur dan Tibet dalam usaha untuk mengembangkan idea Sosialis/Komunis mereka. Kemuncak pertembungan di antara negara berideologi Kapitalis dan Sosialis/Komunis berlaku pada selepas tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu dikenali sebagai perang dingin Blok Barat dengan Blok Timur, di mana sebab utamanya adalah mahu menguasai dunia ini dengan melaksanakan dan mengembangkan idea masing-masing. Jadi kebangkitan China yang secara perlahan-lahan melaksanakan idea-idea Kapitalis Barat sambil mengekalkan pemerintahan Komunis mereka hanyalah kebangkitan secara ekonomi dan bukannya bercorak ideologi. Sebabnya China tidak memaksa negara lain untuk menerima idea-idea mereka, tetapi hanya mahu melakukan pelaburan kewangan dengan negara lain di dunia sambil mengaut keuntungan sambil meningkatkan kebergantungan negara lain terhadap mereka. Sekiranya sesebuah negara hendak bangkit sebagai negara kuasa besar dunia, maka kebangkitannya mestilah kebangkitan secara ideologi dan bukan ekonomi. Walaupun begitu, negara yang mengembangkan ideologi yang betul dan bukannya palsu yang mampu bertahan secara lama.

4). Kebergantungan China kepada sumber tenaga dan bahan makanan
Disebabkan oleh pekembangan pesat di dalam sektor pembuatan, China memerlukan sumber tenaga untuk menggerakkan sektor tersebut. Ini menjadikan China menjadi pengguna tenaga terbesar di dunia, kira-kira 30% melebihi Amerika Syarikat. China juga adalah pengeluar dan pengguna terbesar arang batu di dunia. Kegunaan arang batu China adalah melebihi jumlah penggunaan arang batu negara negara lain di dunia. Kira-kira tiga perempat daripada penggunaan tenaga China adalah dari sumber arang batu sementara seperempat darinya adalah tenaga elektrik hidro. China merupakan pengimpot arang batu pada tahun 2008. Tetapi disebabkan oleh faktor faktor pencemaran alam sekitar, maka penggunaan arang batu China telah jatuh pada awal 2010. Dan ini juga disebabkan oleh kemerosotan ekonomi China yang mengurangkan impot ke atas arang batu. China tidak mempunyai simpanan minyak mentah, dan terpaksa mengimpot kesemua keperluan minyak mereka. Kebergantungan China terhadap minyak mentah telah naik sebanyak 64.4%, atau sebanyak 3.8% lebih daripada tahun sebelumnya dan dijangka akan naik pada tahun 2017.
Amerika Syarikat adalah pengekspot utama bahan makanan ke China, selain daripada Brazil, Australia, Thailand, Indonesia, Malaysia, Canada and Argentina. Secara kasarnya China merupakan pengimpot bahan makanan dari seluruh dunia untuk keperluan penduduknya. Hanya 7% daripada tanah di China sesuai untuk pertanian, tetapi mempunyai sejumlah 20% dari jumlah penduduk dunia. Ianya berlainan dengan Amerika Syarikat, sebab AS mempunyai sumber makanan yang mencukupi untuk kesemua penduduknya.

5). Kebergantungan China kepada sumber air
Seperempat daripada tanah China merupakan tanah gurun, sebahagian besarnya (gurun Gobi) berada berdekatan dengan Mongolia di sebelah utara. Maka salah satunya sumber air datangnya dari sungai seperti Yangtze and Hwang (Yellow river), tetapi sebahagian besar, 70% daripada sumber air sungai dan tasik di China adalah tercemar disebabkan oleh perindustrian. Salah satu sumber air untuk kegunaan China adalah dari pergunungan Himalaya di wilayah Tibet yang dijajah oleh Komunis China sejak tahun 1949. Dianggarkan seramai 2 billion penduduk dunia adalah bergantung kepada sumber air dari pergunungan Himalayan. Ini termasuklah negara negara seperti India, Nepal, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Vietnam. Sungai sungai besar yang mengalir dari pergunungan Himalaya mengalir masuk ke negara negara tersebut yang menjadikan terdapatnya tamadun mansia yang paling awal, sebagaimana sungai Nil di Mesir. Jadi China mempunyai saingan untuk mendapatkan sumber air dari pergunungan Himalaya dengan negara negara tersebut. Oleh sebab kedudukan Tibet, wilayah yang dijajah sejak 1949 oleh Komunis China merupakan wilayah terpenting yang tidak boleh dilepaskan oleh China.

6). Faktor geopolitik
Faktor faktor geopoltiknya tidak banyak berpihak kepada China. China sebenarnya dikelilingi oleh negara negara jiran yang pernah atau sedang memusuhinya. Wilayah terbesar di China seperti Tibet dan Turkestan Timur (Xinjiang) adalah merupakan wilayah yang dijajah oleh China apabila tamatnya Perang Dunia Kedua. Sehingga sekarang terdapatnya gerakan-gerakan menuntut autonomi dan kemerdekaan daripada China daripada kedua wilayah tersebut. Selain itu, China tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan negara jiran seperti Taiwan dan Jepun. Taiwan adalah merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat, yang juga merupakan saingan kepada China di wilayah Timur Jauh. China pernah melancarkan beberapa peluru berpandu kearah Taiwan pada 1996 yang jatuh ke lautan yang berhampiran dengan Taiwan sebagai tanda amaran kepada Taiwan. Ini mengkibatkan Amerika Syarikat menghantarkan empat buah kapal perang termasuk kapal pengangkutnya ke perairan Taiwan untuk mempertahankan Taiwan. Sementara Jepun pula pernah menceroboh China semasa perang dunia kedua dan mengakibatkan kematian beribu-ribu penduduk China. Selain itu Jepun pernah terlibat di dalam jenayah perang terhadap penduduk China pada perang dunia kedua, sebagaimana jenayah perang tentera Nazi Jerman terhadap penduduk Yahudi di Eropah semasa perang dunia kedua. Peperangan di antara India dengan China pernah terjadi di pergunungan Himalaya pada tahun 1960an yang mengakibatkan kedua-dua negara tersebut terpaksa menandatangani perjanjian di antara satu sama lain tidak akan menceroboh sempadan masing-masing. Selain itu, pernah berlaku ketegangan di antara China dengan Rusia, di mana insiden kepulauan Zhenbao pada 1969, di mana China menceroboh pulau Zhenbao yang diduduki oleh tentera Rusia. Dikatakan Rusia pada masa itu di bawah kekuasaan Brezhnev hendak menggunakan senjata pemusnah besar-besaran seperti senjata nuklear terhadap China untuk memaksa pengunduran tentera China daripada kepulauan Zhenbao. Presiden Brezhnev memberikan amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak campur-tangan dalam konflik di antara Soviet-China sekiranya Soviet hendak melancarkan serangan bom nuklear terhadap China. Akhirnya China mengundurkan tentera mereka daripada pulau tersebut yang telah mengakibatkan kematian berpuluh-puluh askar dari kedua belah pihak di dalam peperangan yang berlangsung selama beberapa hari. Jelaslah di sini bahawa China tidak mempunyai perhubungan baik yang berkekalan dengan negara jirannya. Konflik di antara China dengan negara jirannya boleh diwujudkan bila-bila masa, sementara negara kuasa besar luar seperti Amerika Syarikat boleh menjadikan konflik tersebut untuk manfaatnya.

 

Professor Wan Jeffrey Basiron (May 2017)

 

The rise of China will undoubtedly be one of the great dramas of the twenty-first century.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *