Runtuhnya Ka’bah

 

Isu Al Quds mudah mengheret perhatian umat Islam malah sejak sekian lama, ramai diktator yang memerintah negeri-negeri umat Islam berretorik menjadi jaguh dan juara di peringkat antarabangsa untuk menyuarakan kutukan mereka yang tak pernah sedikitpun menakutkan entiti Zionist dari terus mengganas dan menyiksa warga Palestine.

Walaubagaimanapun, jarang sekali kita dengar isu Kashmir, Iraq, Afghanistan,Yemen, Sudan, Syria, Arakan dan lain-lain seolah-olah kekejaman yang berlaku di tempat lain kurang significant.

Timbul persoalan, kenapa keadaan ini berlaku?

Jawapannya sebenarnya cukup mudah, ia adalah lakonan berdasarkan skrip yang dikarang oleh “tangan-tangan ghaib”, bagi memastikan perhatian umat Islam dialih kepada isu yang meleret-leret di Palestine dibawah penyeliaan UN, meletakkan para boneka Barat sebagai jaguh di mata umat Islam dan paling penting, menyuarakan solusi berdasarkan apa yang Barat mahukan: Solusi membantu mangsa tanpa menghilangkan pemangsa!

Rasulullah s.a.w menyatakan ,

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ

“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim (HR Muslim)

Pentas lakonan terus dimainkan oleh pemain yang berbeza dengan skrip yang sama sejak puluhan tahun lalu. Al Quds terus ternoda, darah dan kehormatan kaum muslimin tidak menjadi keutamaan sebaliknya meraih redha tuan-tuan mereka di White House atau Kremlin adalah lebih diutamakan.

Para pemerintah ini sanggup memenjara, menyeksa, membunuh rakyat mereka sendiri demi ketaatan mereka kepada tuan-tuan mereka ini tetapi mereka lantang kononnya prihatin terhadap isu di Palestine. Iya, mereka mengutuk dan akan terus mengutuk seperti mana para pengkhianat terdahulu lakukan.

Sampai bila untuk umat ini memahami dan berjuang untuk memecahkan permasalahan yang amat besar ini?

Wahai orang beriman, sesungguhnya
.
TUHAN KITA SATU!
KALIMAH KITA SATU!
KITAB KITA SATU!
RASUL KITA SATU!
KIBLAT KITA SATU!
KITA UMAT YANG SATU!
.
Tapi kenapa negara kita tidak satu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *