Kenali Emas

Emas perhiasan terdiri dari pelbagai warna yang berbeza:
1. Merah: emas dan tembaga
2. Kuning: emas dan perak
3. Putih: emas, timah, nikel dan perak
4. Hijau: emas, perak, kadmium dan tembaga
5. Jingga: emas, perak dan tembaga
6. Coklat: emas, paladium dan perak
7. Ungu: emas dan aluminum
Kadar ketulenan pula terdiri dari 24 karat, 23 karat, 22 karat, 21 karat hingga 10 karat.
24 karat bermaksud 24 bahagian terdiri dari emas tulen
23 karat bermaksud 23 bahagian terdiri dari emas tulen dan 1 bahagian dari logam lain
22 karat bermaksud 22 bahagian terdiri dari emas tulen dan 2 bahagian dari logam lain
Begitulah seterusnya.
Maka, harga seutas rantai emas dengan berat yang sama pada karat yang berbeza boleh berbeza dari segi harga.
Gold bar dalam akaun GAP Public Gold adalah 24 k. Iaitu fine gold.

-Saudagar Emas dari Inderapura-