Harta Untuk Diri Kita Sendiri

Kalau dalam poket jurutera, doktor dan golongan professional yang berpendapatan 5 angka pun jarang lebih RM 100, berapa agaknya yang ada dalam poket pekerja bawahan yang berendapatan rendah?

.
Sekali-sekala, rajin-rajinlah bertanya khabar orang-orang disekeliling kita, boleh jadi mereka kelaparan, boleh jadi mereka ada ahli keluarga yang sakit memerlukan rawatan atau pelbagai kepayahan hidup yang kita mungkin tak terbayang.
.
Kalaupun bukan bantuan berupa wang ringgit, sedikit kata-kata semangat atau nasihat tentu membantu.
.
Selain usaha berterusan untuk mencampakkan sistem sekular kapitalis yang kejam ini, adalah perkara yang sangat wajar kita mempelajari selok belok ilmu kewangan. “Kaya itu mulia” bukanlah maksudnya kita hina kalau tak berduit, sebaliknya kekayaan yang mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada keluarga malah orang lain di sekeliling adalah kemuliaan.
.
Ada yang mengejek, “Jangan kejar sangat dunia, mati besok bukan boleh bawa masuk kubur…” Betul dah kita tak perlukan harta untuk mengiringi kita ke kubur, tetapi kita boleh infak harta itu sebagai amal jariah yang berterusan. Kita tinggalkan harta UNTUK DIRI KITA SENDIRI sebagai bekal mengadap Allah nanti.
.
“Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab ilmu yang bermanfaat) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya ” [Hadis Riwaya Ibnu Majah].

Pastikan Minimum 1 Gram

Untuk pembelian emas ke akaun GAP, bayaran boleh dilakukan melalui online transfer ataupun ATM transfer. Ia lebih sesuai berbanding deposit memandangkan note kecil tidak diterima oleh CDM. Harga emas hari ini RM 193, jumlah RM 3 itu memberi masalah kerana emas fizikal hanya dalam bentuk 1 gram sebagai unit terkecil. (Berdasarkan harga hari ini, RM 3 akan jadi 0.0155 g emas). Kita tidak mahu berat dalam bentuk perpuluhan dalam transaksi jual beli emas, iaitu item ribawi yang wajib dilakukan dalam bentuk fizikal yang boleh dipegang, diambil, dirasa.
.
Setiap gram emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan oleh pemilik sehingga unit terkecil 1 gram. Bagi memelihara transaksi yang dilakukan dari unsur yang haram, pastikan unit belian dalam bentuk 1 gram sebagai minimum.
.
Emas fizikal diterima dan terus disimpan dalam GAP account sebaik sahaja pembayaran disahkan. Tidak ada transaksi hutang atau tangguh dalam urusan ini. Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
.
Hanya proses pengesahan bayaran yang mengambil masa kurang 10 minit sekiranya “Q” tidak panjang dan maximum 48 jam hari bekerja. Kebiasaannya, cuma sejam diperlukan untuk pengesahan, manual, dan kurang 5 minit untuk kaedah FPX (online banking). Proses verifikasi ini berlaku sepertimana proses “mengira duit” atau bayaran dari pembeli oleh pihak penjual. Ia adalah sebahagian dari proses jual beli untuk berlaku dan disahkan, bukannya penangguhan.

.
Bila emas dah ada dalam akaun, pemilik boleh keluarkan dari mana-mana 18 cawangan Public Gold di seluruh Negara. Pengeluaran melalui lebh 70 cawangan Ar Rahnu Pos di seluruh Malaysia coming soon, insyallah.

.
Keharaman berlaku apabila penjual yang menjual emas tetapi tidak ada emas fizikal yang dijual, atau pembeli memperoleh emas, tetapi bayaran belum dilangsaikan (kontan).
.
Allahualam.

SEKILAS MENGENAI KHILAF (PERBEZAAN PANDANGAN)

Menggunakan alasan kepelbagaian fahaman dalam fiqah sebagai alasan “keliru” lalu tidak mahu belajar atau lebih buruk, menjadi alasan menolak agama secara total adalah argumen yang dangkal.

Islam meraikan kepelbagaian pandangan sehingga munculnya pelbagai firqah seperti As Syafieyah, Hanafiyah, Hanabilah, Malikiyah, Jafariah, Zaidiyah dan lainnya sebagai sebahagian dari mazhab dalam Islam.

Semua firqah Islam dan madzhab Islam tersebut memeluk
akidah yang satu, iaitu akidah Islam. Mereka semua diseru untuk
mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya.
Mereka juga diperintah mengikuti hukum syara’ bukan mengikuti
mazhab tertentu, kerana madzhab itu tidak lain adalah pemahaman tertentu tentang hukum syara’ yang diikuti oleh golongan selain mujtahid, kerana ketidakmampuan mereka untuk berijtihad.

Hanya pada hukum yang disebut Qait’ie iaitu hukum yang tidak ada khilaf padanya seperti kewajipan solat, potong tangan bagi pencuri dan lain-lain itu terpakai tanpa sesiapapun berhak mempertikainya.

Pihak liberal menuduh, “pemaksaan” hukum qati’e sebagai dogmatik (tunduk tanpa hak mempertikai), zalim dan menindas, sedangkan mereka tidak pernah mampu membawa satu hukum yang lebih baik dari apa yang Allah turunkan.

Kalau lah kewajipan solat itu “zalim”, maka apakah kewajipan bayar cukai yang ditetapkan oleh manusia itu tidak zalim? Kalaulah Allah itu “zalim” untuk memerintahkan hukum Nya kepada hamba Nya, apakah manusia yang memaksakan hawa nafsu mereka ke atas manusia lain itu lebih berhak?

 

Adaptasi dari kitab Daulah Islam– Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah