SEKILAS MENGENAI KHILAF (PERBEZAAN PANDANGAN)

Menggunakan alasan kepelbagaian fahaman dalam fiqah sebagai alasan “keliru” lalu tidak mahu belajar atau lebih buruk, menjadi alasan menolak agama secara total adalah argumen yang dangkal.

Islam meraikan kepelbagaian pandangan sehingga munculnya pelbagai firqah seperti As Syafieyah, Hanafiyah, Hanabilah, Malikiyah, Jafariah, Zaidiyah dan lainnya sebagai sebahagian dari mazhab dalam Islam.

Semua firqah Islam dan madzhab Islam tersebut memeluk
akidah yang satu, iaitu akidah Islam. Mereka semua diseru untuk
mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya.
Mereka juga diperintah mengikuti hukum syara’ bukan mengikuti
mazhab tertentu, kerana madzhab itu tidak lain adalah pemahaman tertentu tentang hukum syara’ yang diikuti oleh golongan selain mujtahid, kerana ketidakmampuan mereka untuk berijtihad.

Hanya pada hukum yang disebut Qait’ie iaitu hukum yang tidak ada khilaf padanya seperti kewajipan solat, potong tangan bagi pencuri dan lain-lain itu terpakai tanpa sesiapapun berhak mempertikainya.

Pihak liberal menuduh, “pemaksaan” hukum qati’e sebagai dogmatik (tunduk tanpa hak mempertikai), zalim dan menindas, sedangkan mereka tidak pernah mampu membawa satu hukum yang lebih baik dari apa yang Allah turunkan.

Kalau lah kewajipan solat itu “zalim”, maka apakah kewajipan bayar cukai yang ditetapkan oleh manusia itu tidak zalim? Kalaulah Allah itu “zalim” untuk memerintahkan hukum Nya kepada hamba Nya, apakah manusia yang memaksakan hawa nafsu mereka ke atas manusia lain itu lebih berhak?

 

Adaptasi dari kitab Daulah Islam– Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *