Harta Untuk Diri Kita Sendiri

Kalau dalam poket jurutera, doktor dan golongan professional yang berpendapatan 5 angka pun jarang lebih RM 100, berapa agaknya yang ada dalam poket pekerja bawahan yang berendapatan rendah?

.
Sekali-sekala, rajin-rajinlah bertanya khabar orang-orang disekeliling kita, boleh jadi mereka kelaparan, boleh jadi mereka ada ahli keluarga yang sakit memerlukan rawatan atau pelbagai kepayahan hidup yang kita mungkin tak terbayang.
.
Kalaupun bukan bantuan berupa wang ringgit, sedikit kata-kata semangat atau nasihat tentu membantu.
.
Selain usaha berterusan untuk mencampakkan sistem sekular kapitalis yang kejam ini, adalah perkara yang sangat wajar kita mempelajari selok belok ilmu kewangan. “Kaya itu mulia” bukanlah maksudnya kita hina kalau tak berduit, sebaliknya kekayaan yang mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada keluarga malah orang lain di sekeliling adalah kemuliaan.
.
Ada yang mengejek, “Jangan kejar sangat dunia, mati besok bukan boleh bawa masuk kubur…” Betul dah kita tak perlukan harta untuk mengiringi kita ke kubur, tetapi kita boleh infak harta itu sebagai amal jariah yang berterusan. Kita tinggalkan harta UNTUK DIRI KITA SENDIRI sebagai bekal mengadap Allah nanti.
.
“Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab ilmu yang bermanfaat) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya ” [Hadis Riwaya Ibnu Majah].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *