MEREKA KALAH DENGAN SERANGGA, BAGAIMANA PULA BERDEPAN DENGAN KEKUATAN SEEKOR SINGA?

Robert Mugambe yang berkuasa selama 30 tahun dipaksa meletak jawatan tanpa kudeta berdarah. Rampasan kuasa berlaku dengan sokongan ahlul kuwwah, iaitu angkatan tentera memberi ketaatan kepada president baru bagi mengambil alih kekuasaan.
.
Taksin digulingkan di Thailand dengan method yang sama. Tanpa pertumpahan darah, kerajaan sementara dipimpin oleh Junta, disokong oleh Raja Thailand mencampakkan Taksin yang didapati korup.
.
Kita sedia maklum, terdapat kudeta yang menumpahkan darah seperti penggulingan President Sukarno di Indonesia, atau siri kudeta di Iraq, Iran, Mesir dan banyak lagi namun bukan semuanya berlaku dengan pertumpahan darah.
.
Dalam method nubuwah, Rasulullah s.a.w mengambil alih pemerintahan Yathrib (yang sebelum itu leader in waiting ialah Abdullah Bin Ubay), dengan dokongan kabilah Aus dan Khazraj yang memiliki kekuatan tempur yang tidak mampu dibantah oleh puak lain di Yathrib. Peralihan kuasa berlaku tanpa pertumpahan darah.
.
Negara yang baru dibentuk sememangnya lemah, dan memerlukan perlindungan dari kesetiaan pasukan tentera. Rasulullah s.a.w mendapatkan dokongan tidak berbelah bahagi dari kabilah Aus dan Khazraj melalui Baiat Aqabah.
.
Ketika thalab an nusrah (mendapatkan dokongan ahlul kuwwah) dari angkatan bersenjata berlaku, tidak ada keperluan merayu undi, menawarkan janji-janji PRU yang sarat dengan pembohongan.
.
Lagipun, Daulah Khilafah tidak berdiri dengan pelukan kasih sayang dari negara superpower seperti Amerika dan Russia. Bahkan mereka akan respond seperti orang yang takut dibunuh. Apa saja cara yang mereka boleh lakukan.
.
Ingat tak, Taliban, puak miskin di Afghan mengajar Amerika dan Russia di medan perang sehingga mereka terus gagal menguasai Afghan sampai hari ini?

.
Agaknya mereka sanggup berdepan dengan kaum muslimin dalam kapasiti sebuah negara?
.
Daulah Khilafah ialah negara superpower yang menguasai dunia dan memakmurkannya dengan Islam. Ia bukan sekadar negara yang sibuk melayan rakyat di wilayah tertentu sedangkan ada saudara kita di merata dunia sedang dibunuh, diusir, dirogol dan kita sibuk memikirkan perut dan tembolok sendiri saja?

5 Tips Penting Semasa membeli Emas

Tak kisah apa jenama sekalipun, kita mesti buat penilaian SECARA PAKEJ. Kriteria itu akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut. Kriteria yang saya maksudkan ialah:

1. Harga rendah: Banyak pengeluar emas, harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk caj-caj lain, antaranya caj GST, caj premium, ataupun kos upah. Maka bila semak harga, tanya juga caj- caj lain (jika ada). Lepas tu barulah bahagikan dengan berat emas tersebut untuk kira berapa “harga per gram” sebenarnya.

2. Spread nipis: “Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli sebagaimana kita berurusan dengan money changer.Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

3. Stok Tiada had: banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”.

4. Cawangan jual beli banyak: ramai ejen boleh menjual emas tetapi tak ramai yang mampu beli balik bila kita nak jual emas itu sebab modal ejen sangat terhad. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.

5. Syarat jual balik tak cerewet: Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi. Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!

Kredit: Buku Wang Emas (2016), En. Zulkifli Shafie.

Bermula Dengan Memahami Sebuah Pengakhiran

Dalam buku 7 Habit of Highly Effective People tulisan Stephen Covey, beliau membayangkan apa yang manusia kejar seumur hidup ini seharusnya dinilai dengan sudut pandang di saat keranda diusung ke perkuburan.

Kita menatap wajah keluarga dan sahabat, lalu apa sebenarnya yang kita benar-benar mahu mereka nilai diri kita seumur hidup kita.

Ianya bukan kerana kereta mewah yang kita tinggalkan….

Ianya bukan tanah dan saham yang dibahagi atau direbut di kalangan waris….

Atau juga jawatan dan kedudukan kita yang kemudiannya diambil alih oleh orang sesudah kita…

Sebaliknya, “SIAPA” kita bagi orang-orang yang penting dalam hidup kita.

Di dalam Al Quran, terdapat banyak peringatan dari Allah tentang kematian, antaranya:

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ }

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al Anbiya:34-35].

Imam Ibnu Majah meriwayatkan:

عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جِنَازَةٍ فَجَلَسَ عَلَى شَفِيرِ الْقَبْرِ فَبَكَى حَتَّى بَلَّ الثَّرَى ثُمَّ قَالَ يَا إِخْوَانِي لِمِثْلِ هَذَا فَأَعِدُّوا

Dari Al Bara’, dia berkata: Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu jenazah, lalu Beliau duduk di tepi kubur, kemudian Beliau menangis sehingga tanah menjadi basah, lalu Beliau bersabda: “Wahai, saudara-saudaraku! Maka persiapkanlah untuk yang seperti ini,!” [HR Ibnu Majah, no. 4.190, dihasankan oleh Syaikh Al Albani].

Untuk menetapkan matlamat hidup, seharusnya kita memiliki pandangan menyeluruh, yang merangkumi pengkahiran yang kita inginkan. Dengan itu, kita memiliki motivasi dan “Big Why” yang memandu kita kepada impian yang kita sebenarnya ingin capai.

Bukanlah harta yang melimpah, jawatan yang tinggi atau apa-apa yang kita akan tinggalkan itu sepatutnya menjadi matlamat, sebaliknya ia hanya ALAT untuk kita memberi lebih banyak manfaat kepada manusia dan makhluk lain di sekeliling kita.

Kekuasaan, ilmu dan kekayaan itu merupakan amanah yang Allah pikulkan ke atas kita. Ia boleh jadi gedung pahala buat kita, juga boleh menjadi sesalan buat kita di akhirat kelak. Moga kita termasuk dalam golongan yang mati sebagai seorang Islam, sebagai orang beriman.

Pengakhiran Sebuah Kehidupan

Memahami Transaksi “Lani”

 

Ulama kontemporari mengambil sikap tawadhu dengan mengharamkan kebanyakan hukum transaksi emas kerana kebanyakan dari mereka sendiri tidak begitu familiar dengan segala macam transaksi yang berlaku di zaman ini. Secara mudah, dengan mengenakan syarat transaksi berlaku secara “lani”, menjadi dasar paling asas memahami syarat jual-beli emas secara syarie.

Menurut jumhur  ulama), riba juga berlaku pada selain enam komoditi ribawi (emas, perak, gandum, garam, kurma dan syai’ir (sejenis gandum). Komoditi lain berlaku hal yang sama jika memiliki kesamaan ‘illah (alasan). Namun para ulama berselisih mengenai apa ‘illah dari masing-masing komoditi. Yang jelas mereka sepakat bahwa emas dan perak memiliki kesamaan ‘illah. Sedangkan kurma, gandum, sya’ir dan garam juga memiliki kesamaan ‘illah tersendiri.

Emas di zaman ini tidak lagi diperlakukan sebagai matawang sebaliknya lebih kepada komoditi atau barangan. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifatnya emas dan perak sebagai item ribawi, maka hukum berkaitan jual beli nya harus diperhatikan secara lebih cermat.

Dalam transaksi item ribawi yang sama jenis, jumhur ulama berpendapat, harus ditukar dengan kualiti yang sama dan berlaku secara lani berdasarkan dalil:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى الآخِذُ وَالْمُعْطِى فِيهِ سَوَاءٌ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.” [HR. Muslim no. 1584]

Adapun sekiranya ia ditukar secara berlainan jenis, ia boleh dilakukan dengan syarat transaksi berlaku secara “lani” (langsung).

 

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

 

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar lani (tunai). Jika jenis barang tadi berbeza, maka silakan engkau membarterkannya sesuka hati mu, namun harus dilakukan secara lani (tunai).” [HR. Muslim no. 1587]

Dalam menukar emas dengan tunai (pembelian emas menggunakan wang tunai), transaksi harus dilakukan secara lani. Sehingga penyerahan barang (qabath hukmi)  yang dibarterkan /dijual harus dilakukan pada saat terjadi akad transaksi dan tidak boleh ditunda seusai akad. Pemilikan emas harus ditukar tanpa boleh ada satu gram yang tertunda setelah akad berlaku. Sekiranya berlaku penundaan terhadap pemindahan hak milik, pembahasan ini akan masuk riba riba nasi’ah (riba kerana adanya penundaan).

Qabath hukmi (constructive possession) bermaksud nisab zakat sudah dikira bermula dari tarikh hak pemilikan bertukar, berserta risiko sekiranya emas itu kemik atau rosak atau dicuri sudah beralih kepada pemilik yang membayar harga tunai tadi (pembeli) dan bukan lagi pada penjual sekalipun emas itu tidak berada di depan pembeli ketika itu, dalam kes pembelian dilakukan dalam majlis akad secara online.

Satu lagi syarat utama dalam jual beli emas dan perak serta item ribawi yang lain ialah, barang yang diperakadkan itu wajib wujud secara fizikal. Menurut Datuk Dr. Mhod Daud (Pengerusi Majlis Penasihat syariah Bank Negara Malaysia), dalam transaksi system ekonomi hari ini, 90% dari “emas” yang ditransaksikan di dalam pasaran ialah emas maya, iaitu hanya berupa saham. Ianya haram di sisi Islam berdasarkan syarat transaksi barang ribawi yang wajib berupa barangan fizikal.

Dalam transaksi tukaran matawang, ulama bersepakat ianya sama dengan emas dan perak. Sehingga ada beberapa ketentuan yang berlaku tatkala ingin menukar matawang sebagaimana berlaku pada emas dan perak. Ketentuan tersebut adalah:

  1. Tidak dibolehkan sama sekali untuk menukarkan wang kertas yang sama, seperti menukar ringgit dengan ringgit dengan cara berhutang atau menukarkan wang kertas kertas dengan berbeza jenis seperti menukar dolar dan ringgit dengan cara hutang (bayaran kredit).
  2. Tidak dibolehkkan untuk menukarkan wangyang sama dengan cara melebihkan sebagian dari yang lain, seperti menukarkan seratus ribu rupiah dengan seratus sepuluh ribu rupiah.
  3. Boleh menukarkan wang kertas yang berbeza jenis misalnya dolar dengan ringgit, dengan melebihkan salah satunya, asalkan dilakukan secara kontan (tunai).

Allahualam.

# Alhamdulillah, Public Gold meneliti segala transaksi melibatkan jual beli emas yang dilakukan agar patuh syariah. Datuk Dr.  Mohd Daud Bin Bakar juga merupakan penasihat syariah bagi Public Gold Group.