Memahami Transaksi “Lani”

 

Ulama kontemporari mengambil sikap tawadhu dengan mengharamkan kebanyakan hukum transaksi emas kerana kebanyakan dari mereka sendiri tidak begitu familiar dengan segala macam transaksi yang berlaku di zaman ini. Secara mudah, dengan mengenakan syarat transaksi berlaku secara “lani”, menjadi dasar paling asas memahami syarat jual-beli emas secara syarie.

Menurut jumhur  ulama), riba juga berlaku pada selain enam komoditi ribawi (emas, perak, gandum, garam, kurma dan syai’ir (sejenis gandum). Komoditi lain berlaku hal yang sama jika memiliki kesamaan ‘illah (alasan). Namun para ulama berselisih mengenai apa ‘illah dari masing-masing komoditi. Yang jelas mereka sepakat bahwa emas dan perak memiliki kesamaan ‘illah. Sedangkan kurma, gandum, sya’ir dan garam juga memiliki kesamaan ‘illah tersendiri.

Emas di zaman ini tidak lagi diperlakukan sebagai matawang sebaliknya lebih kepada komoditi atau barangan. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifatnya emas dan perak sebagai item ribawi, maka hukum berkaitan jual beli nya harus diperhatikan secara lebih cermat.

Dalam transaksi item ribawi yang sama jenis, jumhur ulama berpendapat, harus ditukar dengan kualiti yang sama dan berlaku secara lani berdasarkan dalil:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى الآخِذُ وَالْمُعْطِى فِيهِ سَوَاءٌ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.” [HR. Muslim no. 1584]

Adapun sekiranya ia ditukar secara berlainan jenis, ia boleh dilakukan dengan syarat transaksi berlaku secara “lani” (langsung).

 

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

 

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar lani (tunai). Jika jenis barang tadi berbeza, maka silakan engkau membarterkannya sesuka hati mu, namun harus dilakukan secara lani (tunai).” [HR. Muslim no. 1587]

Dalam menukar emas dengan tunai (pembelian emas menggunakan wang tunai), transaksi harus dilakukan secara lani. Sehingga penyerahan barang (qabath hukmi)  yang dibarterkan /dijual harus dilakukan pada saat terjadi akad transaksi dan tidak boleh ditunda seusai akad. Pemilikan emas harus ditukar tanpa boleh ada satu gram yang tertunda setelah akad berlaku. Sekiranya berlaku penundaan terhadap pemindahan hak milik, pembahasan ini akan masuk riba riba nasi’ah (riba kerana adanya penundaan).

Qabath hukmi (constructive possession) bermaksud nisab zakat sudah dikira bermula dari tarikh hak pemilikan bertukar, berserta risiko sekiranya emas itu kemik atau rosak atau dicuri sudah beralih kepada pemilik yang membayar harga tunai tadi (pembeli) dan bukan lagi pada penjual sekalipun emas itu tidak berada di depan pembeli ketika itu, dalam kes pembelian dilakukan dalam majlis akad secara online.

Satu lagi syarat utama dalam jual beli emas dan perak serta item ribawi yang lain ialah, barang yang diperakadkan itu wajib wujud secara fizikal. Menurut Datuk Dr. Mhod Daud (Pengerusi Majlis Penasihat syariah Bank Negara Malaysia), dalam transaksi system ekonomi hari ini, 90% dari “emas” yang ditransaksikan di dalam pasaran ialah emas maya, iaitu hanya berupa saham. Ianya haram di sisi Islam berdasarkan syarat transaksi barang ribawi yang wajib berupa barangan fizikal.

Dalam transaksi tukaran matawang, ulama bersepakat ianya sama dengan emas dan perak. Sehingga ada beberapa ketentuan yang berlaku tatkala ingin menukar matawang sebagaimana berlaku pada emas dan perak. Ketentuan tersebut adalah:

  1. Tidak dibolehkan sama sekali untuk menukarkan wang kertas yang sama, seperti menukar ringgit dengan ringgit dengan cara berhutang atau menukarkan wang kertas kertas dengan berbeza jenis seperti menukar dolar dan ringgit dengan cara hutang (bayaran kredit).
  2. Tidak dibolehkkan untuk menukarkan wangyang sama dengan cara melebihkan sebagian dari yang lain, seperti menukarkan seratus ribu rupiah dengan seratus sepuluh ribu rupiah.
  3. Boleh menukarkan wang kertas yang berbeza jenis misalnya dolar dengan ringgit, dengan melebihkan salah satunya, asalkan dilakukan secara kontan (tunai).

Allahualam.

# Alhamdulillah, Public Gold meneliti segala transaksi melibatkan jual beli emas yang dilakukan agar patuh syariah. Datuk Dr.  Mohd Daud Bin Bakar juga merupakan penasihat syariah bagi Public Gold Group.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *