5 Tips Penting Semasa membeli Emas

Tak kisah apa jenama sekalipun, kita mesti buat penilaian SECARA PAKEJ. Kriteria itu akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut. Kriteria yang saya maksudkan ialah:

1. Harga rendah: Banyak pengeluar emas, harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk caj-caj lain, antaranya caj GST, caj premium, ataupun kos upah. Maka bila semak harga, tanya juga caj- caj lain (jika ada). Lepas tu barulah bahagikan dengan berat emas tersebut untuk kira berapa “harga per gram” sebenarnya.

2. Spread nipis: “Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli sebagaimana kita berurusan dengan money changer.Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

3. Stok Tiada had: banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”.

4. Cawangan jual beli banyak: ramai ejen boleh menjual emas tetapi tak ramai yang mampu beli balik bila kita nak jual emas itu sebab modal ejen sangat terhad. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.

5. Syarat jual balik tak cerewet: Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi. Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!

Kredit: Buku Wang Emas (2016), En. Zulkifli Shafie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *