Pengedar Risalah Di Tangga Masjid

Ini usaha kecil dari insan kerdil dengan semangat, impian dan harapan yang besar. Mengedar sehelai kertas yang di dalamnya sarat berisi IDEA yang mungkin belum pernah ditemukan oleh masyarakat umum kecuali mereka yang benar-benar tinggi kepekaan politiknya, ataupun mereka yang sememangnya mengkaji tsaqafah Islam yang kaya dengan pelbagai teori, kaedah, aturan, dan segala macam panduan untuk mengatur seluruh kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar urusan.
.
Sebenarnya untuk berdepan dengan crowd, menghulurkan risalah, senyum dan mengucapkan terima kasih, kadangkala ada yang biadab, ada yang marah, ada yang ambil dan terus renyukkan depan kita, semua tu bukanlah perkara yang semua orang nak buat.
.
Umumnya, umat Islam tidaklah menolak apa yang kami cuba sampaikan dari risalah kecil tu. Bahkan, kebanyakan “para pengedar” risalah ni ada “regular customer”. Tidak sedikit yang memberi respond positif dari usaha kami yang kecil ni.
.
Gangguan?
.
Iya, ada beberapa aktivist Hizbut Tahrir ditahan oleh polis kerana kesalahan “mengedarkan risalah tanpa permit”, walaupun kat luar sana, Along dengan bebasnya mengedarkan risalah pinjaman ribawi, dan belum pernah kita dengar mereka ditahan atas kesalahan tersebut. Kita juga lihat, puak liberal yang memusuhi Islam secara terang-terangan terus menerus biadab menghina, mengecam Islam tanpa ada sebarang tindakan konkrit dari pihak berkuasa untuk menghentikannya. Respond yang berbeza terhadap gerakan dakwah..
Khilafah tidak tegak dengan usaha edar risalah di tangga masjid.
.
Khilafah tidak tegak hanya dengan berteori, berforum.
.
Khilafah hanya akan tegak di atas perjuangan politik yang hakiki, tanpa sedikitpun kompromi dari segi method mahupun pemikirannya dari garis syarak.
.
Nak tahu lebih lanjut?.
.
Jumpa kami di De Palma Hotel, Ampang Sabtu ini (9 December 2017) di Muktamar Khilafah 2017.
.
#demokrasisistemgagal
#khilafahsolusitunggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *