Tahap Pemikiran

Dalam kitab Nidhamul Islam, Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah menukilkan, tahap pemikiran terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Pemikiran dangkal (al fikru al sathhy) iaitu melihat sesuatu kemudian menilainya tanpa adanya pemahaman. Orang-orang yang cetek akalnya segera menilai sesuatu tanpa ilmu, selalunya menjadikan realiti sebagai sumber berfikir menyebabkan apa sahaja persepsi yang ada mengantarkan kepada kesimpulan dan seterusnya tindakan mereka, penuh dengan kesimpang-siuaran dari segi matlamat, kaedah mahupun idea.

2. Pemikiran mendalam (al fikru al ‘amiq) iaitu melihat sesuatu kemudian memahaminya, setelah itu barulah menilai. Pemikiran saintifik yang dibina berasaskan pemerhatian adalah pemikiran dari jenis ini. Ahli sains mampu memahami hukum fizik, kimia atau biologi yang berkait dengan sesuatu kejadian alam dan mencapai pelbagai kemajuan teknologi dari pemikiran jenis ini. Sama ada seseorang itu beriman atau kufur, pemikiran ini membawa kepada kemajuan material.

3. Pemikiran cemerlang (al fikru al mustanir) iaitu melihat sesuatu, lalu memahaminya dan memahami segala hal yang terkait dengannya, kemudian membuat penilaian. Inilah tingkat pemikiran yang tertinggi bagi manusia. Takala dia melihat sesuatu kejadian alam, mereka bukan sahaja mampu memahami sains di sebalik kejadian itu, tetapi juga menautkan unsur di luar peristiwa itu bersamanya. Segala keajaiban alam meneguhkan lagi keimanan mereka kepada Zat Yang Maha Pencipta, di sebalik segala kewujudan.

Dari beberapa definisi diatas, maka dapat disimpulkan bahawa pemikiran dangkal adalah pemikiran yang terbatas pada bentuk zahir sesuatu peristiwa tanpa adanya kemampuan menyelami kedalamannya dan memahami makna-makna yang dikandungnya untuk membawa solusi yang benar dan bervisi jauh ke depan dalam berinteraksi terhadapnya. Fikru al mustanir adalah bentuk pemikiran yang membawa umat Islam dari kelompok kecil di tengah tanah tandus di Jazirah Arab, menjadi sebuah negara superpower yang menaungi hampir sepertiga daratan di atas muka bumi ini dengan kekuasaan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *