Barat Dan Kumpulan Bersenjata

Sesiapa yang lahir antara tahun 70-an hingga 80-an dan pernah main video game, mesti biasa dengar nama “Contra”. Sama ada secara kebetulan atau tidak, nama Contras (dengan penambahan huruf ‘S’) adalah satu kelompok bersenjata yang bertanggungjawab membunuh 3346 nyawa penduduk awam di Nicaragua. Kelompok ini dibiayai Amerika melalui CIA dan ia bukan lagi satu rahsia.
.
(Sumber: Dianna Melrose: Nicaragua: The threat of good Example, Oxfort, 1985)
.
Kelompok ini hanyalah terdiri dari sekumpulan anak muda, dari keluarga miskin,yang berjuang bermati-matian dalam konflik yang mereka sendiri tidak mampu faham sepenuhnya, dan tidak pula mampu mengawalnya.
.
Perang saudara tercetus di Nicaragua antara pihak Contras sebagai menentang Sandinista National Liberation Front (Spanish: Frente Sandinista de Liberación NacionalFSLN) menjadikan negara itu porak poranda dan terus dibelenggu kemiskinan.
.
Amerika menyalurkan bantuan untuk menjaga kepentingan mereka, bukannya demi kemanusiaan, demi keadilan sejagat. Bukan lagi rahsia apabila Amerika bertanggungjawab terhadap penukaran regim di pelbagai penjuru dunia seperti di Haiti, Angola, Afghanistan, Bolivian, Vietnam selatan dan banyak lagi. Sepanjang campurtangan ini, Amerika bertanggungjawab ke atas jutaan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa.
.
Sejarah dan realiti masakini menunjukkan Amerika berada di belakang pelbagai konflik berdarah. Kemunculan DAESH yang kononnya menegakkan Khilafah di tengah konflik di Syria bukanlah sesuatu yang susah untuk diduga, sekalipun dengan kefahaman politik yang sederhana, untuk diyakini sebagai salah satu dari watak yang Amerika ciptakan.
.
Kemunafikan Amerika dan Barat dalam persekutuan mereka dengan pihak pemberontak, puak bersenjata, mahupun regim diktator dirakam dalam lembaran sejarah yang panjang. Mereka membantu pihak yang akan menjaga kepentingan mereka, dan hanya atas alasan itu~!!! Alasan matamat kemanusiaan, keadilan, demokrasi hanyalah penipuan yang jelas nyata. Nilai-nilai kapitalisme merupakan sumber kejahatan masa kini sebagaimana ianya beraksi di masa lalu. Idea kebebasan, demokrasi dan materialisme teah mendorong fanatisme dan kejahatan tersebar luas ke seluruh dunia. Inilah yang akan dipadamkan oleh Islam, dengan kemunculan Daulah Khilafah yang akan menerapkan seluruh hukum Allah, dan memakmurkan muka bumi ini dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *