Islam Memecahkan Masalah Hidup Manusia Sepanjang Zaman

Ada pandangan seorang alim sewaktu berdiskusi denganku baru-baru ini mengenai mengambil pandangan ulama silam, beliau menegaskan, hanya pandangan ulama SALAF sahaja yang lebih terpercaya berbanding KHALAF, iaitu ulama dari 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berbanding ulama terkemudian.
.
Menurutnya, golongan sahabat, salafusoleh, tabiin dan tabi’ tabi’in mengambil Islam dalam bentuk yang jernih, sebelum ianya bercampur aduk dengan kemasukan pelbagai falsafah asing ke Dunia Islam.
.
Pandangan ini mungkin tepat dalam usaha memahami agama Allah dalam bentuk yang jernih, terutama berkaitan tauhid dan ibadah, tetapi tidak sesuai dalam mengambil hukum fiqah kerana seiring dengan zaman, percambahan fiq terlalu luas.
.
Mana mungkin kita jumpa ijtihad dari golongan salafusoleh berkenaan dengan cryptocurrency kecuali dari ulama di zaman ini, yang meneliti, mendalami realiti dan seterusnya berijtihad.
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 
“إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا”
 
“Sesungguhnya Allah akan mengutus bagi umat ini (umat Islam) orang yang akan memperbaharui (urusan) agama mereka pada setiap akhir seratus tahun” [HR Abu Dawud (no. 4291), al-Hakim (no. 8592), dan ath-Thabarani dalam “al-Mu’jamul ausath” (no. 6527)].
.
Sekalipun terdapat perbahasan seputar kesahihan hadis ini di kalangan para ulama hadis, ia disahkan oleh Ibnu Hajar dan Al Albani seperti dinukilkan dalam kitab Aunul Ma’buud, karangan Syaikh Muhammad Syams al-Haqq.
.
Tentu sekali kekayaan tsaqafah Islam terus berkembang seiring zaman, memastikan Islam sebagai pengatur seluruh urusan manusia sehingga hari Kiamat.
.
Allahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *