Gold Vs Bitcoin

Dalam trend kegilaan kepada Bitcoin, dengan kenaikan harga yang sangat luar biasa, ramai yang mula berkira-kira dengan membandingkan emas dengan Bitcoin. Tentu saja dalam skala pelaburan, Bitcoin is unchallenged ketika ini. Harganya meroket seolah harga dadah di pasaran ketika ada cartel ditumpaskan oleh pihak berkuasa. Begitu sekali gambarannya.
.
Dalam keghairahan meraih keuntungan cepat, kita harus realistik dalam menilai sesuatu realiti. Ini kerana, sesungguhnya tidak ada perkara yang terlalu sempurna dalam dunia ini, apalagi ianya bernama pelaburan. Tentu sekali ada bersamanya risiko tersendiri yang harus diberi perhatian.
.
Tidak semuanya indah dalam dunia Bitcoin. Exchange, iaitu pihak yang menyediakan platform membeli dan menjual Bitcoin atau cyrptocurrency lain boleh mengalami kebangkrupan, yang menyebabkan Bitcoin yang anda simpan di dalamnya turut sama tersangkut dalam masalah tersebut. Di awal pengenalan Bitcoin, Mt. Gox, iaitu salah satu pihak exchange yang terkenal ketika itu telah gagal dan muflis.
.
Pelaburan, apapun jenisnya, haruslah pada amaun yang significant untuk meraih keuntungan yang sebenar. Bitcoin, harganya ketika ini mencecah RM 75 000 untuk satu BTC, dan mungkin terus meningkat. Tapi, kalau setakat “melabur” 0.000006 BTC, sah-sah pelabur tu tak akan dapat apa-apa hasil yang significant pun.
.

Ketidaktentuan nilai Bitcoin juga merupakan kelemahan terbesar Bitcoin. Kita maklum, pasaran saham, harga komoditi, termasuk emas sentiasa turun dan naik namun ia secara konsisten stabil berbanding Bitcoin yang boleh mencatatkan pergerakan nilai sebanyak 10% sehari!!! Contohnya, pada 1 Januari 2017, 1 BTC bernilai USD 998, pada hari ini, ketika artikel ini ditulis (18 December 2017), harganya ialah USD 19 025, iaitu peningkatan 1906% dalam masa 11 bulan, atau 173% sebulan!!! Peningkatan yang extreme sebegini juga memungkinkan harganya menjunam pada kadar extreme. Pada 2 September 2017, harga Bitcoin ialah USD 4 911, dan pada 4 September 2017, ia jatuh ke USD 4200, iaitu penurunan USD 711 dalam masa dua hari!!! Tiada siapa tahu sejauh mana ia akan meningkat dan seteruk mana pula harganya akan jatuh. Ingat, langit tidak selalunya cerah…

.
Di sisi lain, fungsi UTAMA emas dalam portfolio kewangan adalah sebagai pelindung kekayaan. Ini kerana, emas menyimpan nilainya sejak ribuan tahun. Tidak ada istilah kenaikan meroket atau merudum teruk sebagaimana matawang-matawang ciptaan manusia di dunia ini.
.
Sekiranya memikirkan pelaburan, ada pelbagai pelaburan yang memberi pulangan yang lebih banyak, (seperti Bitcoin) berbanding emas, tetapi sebagai PENYIMPAN NILAI, emas tetap yang terbaik, dan ia akan terus begitu hingga Kiamat.
.
Al Quran menyebut, simbol kekayaan di syurga ialah emas. Sang Maha Pencipta yang menjadikan emas sebagai matawang sebenar.
.
Mohon share jika rasa bermanfaat.
.
Sabri Yaacob
-Azizi Ali Inner Circle Member-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *