Gold Vs Bitcoin (Bahagian II)

Kecenderungan menggunakan Bitcoin muncul apabila muncul generasi (dikatakan Gen-X) yang skeptikal terhadap sistem kewangan dan kawalan oleh pihak kerajaan yang dikatakan selalu tidak telus, menyebarkan propaganda yang tidak tepat, menyebabkan terciptanya konsep “wang diterbitkan oleh rakyat, diselenggara oleh rakyat dan digunakan oleh rakyat” iaitu Bitcoin. 
.
Konsep ini ada miripnya dengan sistem demokrasi, iaitu cubaan untuk mencari kebebasan (idea of freedom).
.
Walaubagaimanapun, sebagaimana demokrasi, terdapat kecacatan dalam sistem ini di mana seseorang “rakyat” tidak boleh sewenang-wenangnya mencipta Bitcoin, tetapi harus melalui sistem yang ada, iaitu mining, dan bersaing dengan supercomputer yang dimiliki firma gergasi yang beroperasi dalam kapasiti massive, menyebabkan miner persendirian tidak mungkin mampu bersaing.
.
Konsep “Mining” sama dengan melombong emas, memandangkan jumlah Bitcoin yang ditetapkan dalam dunia ni cuma BTC 21 000 000 dan dijangka hanya akan selesai di mining sepenuhnya pada tahun 2140,iaitu 123 tahun dari sekarang.
.
Pada mulanya, hanya CPU biasa diperlukan untuk mining, kemudian GPU (Graphic Processing Unit) dan terbaru, ASIC, yang lebih berkuasa dari GPU.
.
Ketika ini, syarikat-syarikat besar sedang dan akan membina gudang-gudang yang dipenuhi beribu supercomputer khusus untuk kerja mining, dan persaingan akan menyebabkan miner kecil-kecilan susah untuk mendapat hasil yang significant dari usaha mereka.
.
Terbaru, syarikat-syarikat gergasi di China menyertai usaha besar-besaran untuk mining. Kita tidak pasti bagaimana generasi supercomputer yang mereka miliki jika dibandingkan dengan komputer peribadi yang mampu kita gunakan untuk mining.
.
Di sisi lain, emas merupakan matawang sebenar yang tidak mampu dicipta oleh manusia, setinggi manapun pencapaian sains dan teknologi. Ia logam tulen yang mengandung nilai intrinsic pada berat dan ketulenannya sendiri tanpa perlu sebarang pemaksaan nilai oleh manusia ke atasnya, dan tidak pula bergantung kepada apa-apa algorithm matematik yang rumit bagi menentukan nilainya (seperti Cryoptocurrency).
.
Turun naik nilai logam ini tetap berlaku, tetapi bukan dalam kondisi extreme seperti Bitcoin. Bayangkan nilai 1 BTC suatu ketika dulu hanya boleh membeli sekeping Pizza, hari ini, nilai 1 BTC boleh membeli sebuah kereta Myvi~!!! Turun-naik yang sangat extreme menyebabkan Bitcoin TIDAK SESUAI SEBAGAI MATAWANG.
.
Berminat untuk mendapatkan emas fizikal berketulenan 24k sebagai simpanan?
.
Hubungi ?016-9616724 (Sabri Public Gold)
Hubungi ?016-9616724 (Sabri Public Gold)
Hubungi ?016-9616724 (Sabri Public Gold)

.
Sabri Yaacob,
-Azizi Ali Inner Circle Member-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *