Emas Logam Istimewa

Dalam sejarah perkembangan ilmu sains, para saintis berusaha sedaya-upaya mencipta emas sejak zaman tamadun kuno kerana memahami emas sebagai logam yang sangat bernilai. Emas merupakan wang sebenar, medium transaksi yang membolehkan mereka menukarkannya dengan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang mereka kehendaki.

.

Walaubagaimanapun, dengan kepesatan teknologi sehingga zaman sekarang, usaha mencipta emas tetap menemui menemui jalan buntu. Ini kerana, sekalipun manusia berupaya mencipta unsur baru yang boleh dimasukkan ke dalam jadual berkala (Periodic Table) melalui proses pelakuran nuclear (Nuclear fusion) , kesemuanya bersifat radioaktif, sangat tidak stabil. Antara unsur ciptaan ini ialah technetium (Nombor atam Z = 43), promethium (Z = 61) and the tran-suraniums (Z > 92) yang menjadikan unsur di dalam jadual berkala sebanyak 118 unsur setakat ini. Unsur transuranium elements (transuranic elements) ialah unsur kimia dengan nombor atom yang lebih dari 92 (Nombor atom Uranium ialah 92). Kesemua unsur ini tidak stabil dan bersifat radioaktif, termasuk pada semua jenis isotope nya.

.

Emas, sekalipun dipercayai boleh dicipta dengan proses pelakuran nuclear untuk menghasilkan 197Au, isotope yang stabil bagi emas untuk membolehkan ia berfungsi sebagaimana emas yang kita dapati secara semulajadi, ia tidak pernah dihasilkan. Antara faktor utama ialah kos menghasilkannya adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari nilai yang dihasilkan dari emas yang cuba diciptakan. Adapun terdapat cubaan menghasilkan logam perak pernah dilakukan dan menunjukkan hasil yang positif. Tetapi, masalah yang sama timbul di mana ianya tidak masuk akal dari sudut ekonomi.

.

Sifat emas lembut dan tidak mencemarkan dan tidak boleh dihancurkan, manusia menjadikan emas sebagai barang kemas, dan emas juga merupakan bahan yang baik untuk mengisi rongga gigi dalam bidang pergigian, atau dijadikan dawai halus superconductor bagi industri pembuatan. Sifat lain bagi emas iaitu reflektif, menjadikan ia sesuai digunakan untuk melindungi kapal angkasa dan satelit dari radiasi matahari.

.

Kesimpulannya, Allah yang Maha Pencipta menetapkan emas dan perak sebagai logam berharga, yang diajarkan kepada manusia untuk digunakan sebagai matawang. Sebijak, sehebat manapun manusia dengan segala pencapaian sains dan teknologi, sunnatullah ini tetap kekal sebagaimana aturan alam yang lainnya
.
Allahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *