Beramallah Dengan Amalan Ahli Syurga

“Sesungguhnya ada di antara kalian yang beramal dengan amalan ahli Syurga menurut pandangan manusia, padahal sebenarnya ia penduduk Neraka [ HR Muslim]

.

Ada seorang sahabat Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam yang bersama beliau dalam suatu peperangan. Sahabat ini tidak pernah membiarkan kesempatan untuk membunuh lawan di medan perang melainkan dia pasti melakukannya, sehingga orang-orang merasa takjub melihat keberaniannya dan mereka berkata, “Dialah yang beruntung dalam peperangan ini.” Lalu Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dia termasuk ahli Neraka.”

.

Pernyataan Rasulullah ini memberi kesan besar terhadap para sahabat radhiallahu ‘anhum dan membuat mereka bertanya-tanya kehairanan. Maka seseorang diantara mereka berkata, “Aku akan mengikutinya kemanapun dia pergi.”

.

Kemudian orang yang pemberani ini terkena panah musuh hingga dia berkeluh-kesah menahan kesakitan. Dalam keadaan itu dia mencabut pedangnya, kemudian hujung pedangnya ia letakkan pada dadanya, sedangkan hulu pedangnya ia letakkan di tanah, lalu dia menyungkurkan dirinya (ke arah depan), hingga pedang tersebut menembus punggungnya (melakukan perbuatan bunuh diri). Na’uzu billah.

.

Orang yang mengikutinya tadi datang mengadap Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan apa yang terjadi seraya berkata, “Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan Allah.”

.

“Kenapa engkau katakan itu?” sabda Rasulullah.

.

Ia berkata, “Sesungguhnya orang yang engkau katakan tentangnya dia termasuk ahli neraka, telah melakukan suatu tindakan (bunuh diri).” Maka setelah itu Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

.

“Sesungguhnya orang itu telah beramal dengan amalan ahli surga pada pandangan manusia, padahal sebenarnya ia penduduk neraka.” (HR. Bukhari (no.2898) dan Muslim (no.112))

.

Kisah lain adalah seorang sahabat yang bernama al-Ushairim dari kabilah ‘Abdul Asyhal dari kalangan Ashar. Dahulu ia dikenali sebagai penentang dakwah Islam. Tatkala para sahabat pergi ke perang Uhud, Allah memberikan ilham kepadanya berupa iman, lalu ia ikut berjihad dan berakhir dengan mati syahid. Setelah perang selesai, orang-orang mencari para korban dan mendapatkan Ushairin dalam keadaan tercedera.

 

Para sahabat bertanya, “Wahai Ushairin, apa yang mendorongmu berbuat seperti ini, apakah untuk membela kaummu ataukah kecintaanmu terhadap Islam?”

.

Ia menjawab, “Kerana kecintaanku terhadap Islam.”

.

Sebelum wafatnya, ia meminta untuk disampaikan salamnya kepada Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam. Maka, meskipun dulunya Ushairin ini buruk dan suka menzalimi kaum muslimin, Allah telah memuliakannya dan menjadikan dia orang yang mati di medan jihad. Kisah yang serupa kita dapati bagi Ikramah Bin Abu Jahal yang juga gugur syahid demi membela Islam sekalipun beliau merupakan penentang yang sangat tegar terhadap dakwah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam  sebelumnya.

.

Kesimpulannya, berbaik sangkalah dengan Allah yang membuka pintu taubat dan rahmat Nya seluas bumi dan langit buat kita. Sentiasalah kita memuhasabah diri agar hidup kita sentiasa pada jalan Allah dan mati kita juga dalam pengakhiran husnul Khotimah insyallah.

 

Hizbut Tahrir Pengecut?

Saya pernah berdebat dengan penyokong Pro ISIS beberapa tahun lalu. Mereka mengejek Hizbut Tahrir sebagai pengecut kerana Hizbut Tahrir Syria tidak bergabung dalam barisan mujahideen, berperang bersama mereka menentang Basyar Assad (kononnya).
.
Sebenarnya, kalau mereka memahami lebih mendalam krisis yang berlaku di Syria, mereka akan mendapati bahawa Hizbut Tahrir Syria memainkan peranan yang significant dalam memandu revolusi agar ia tidak jatuh ke tangan musuh sebagaimana yang berlaku pada Tunisia, Libya dan Mesir di mana ia merupakan Arab spring yang segera diambil alih oleh kuasa penjajah serta agent mereka.
.
Berbeza dengan revolusi Syria, Amerika dan Russia tetap gagal melantik boneka pengganti Assad untuk meneruskan cengkaman mereka ke atas Syria, sehingga mereka mengerah segala kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat Syria. Peperangan berterusan kerana tidak ada kata sepakat mampu dicapai bagi menjamin kepentingan kuasa penjajah di Syria. Lebih dari itu, Amerika dan Russia memahami potensi tegaknya daulah Khilafah di Syria menyebabkan mereka begitu gelisah dengan perkembangan di Syria.

As-Syahid Mustafa Al-Khayyal, anggota Hizbut Tahrir Syria yang dibunuh oleh ISIS

.
Kemunculan ISIS di Syria jelas menjadi tali barut musuh. Mereka lebih banyak menyerang puak mujahideen lain berbanding menghalakan senjata ke arah tentera pengganas Basyar Assad, mahupun sekutu mereka, Hizbosyaitan. ISIS juga menampakkan wajah “Khilafah” dalam versi Hollywood, dengan sifat ganas, gopoh dan mengerikan. ISIS tidak disokong oleh mana-mana ulama yang terpercaya, bahkan “ulama” yang mereka munculkan jelas hanya membawa kekeliruan dan mengelirukan.
.
Hizbut Tahrir membawa kiyadah fikriyah (kepimpinan berfikir) Islam semata-mata. Hizb mencermati setiap political move yang diambil agar revolusi tidak dikhianati. Hizb bukanlah pasukan perang dan tidak akan sesekali menjadi pasukan perang. Fungsi Hizbut Tahrir adalah sebagai parti politik, berjuang tanpa kekerasan, semata-mata dengan idea yang kekuatannya mampu menggerakan sebuah angkatan perang yang mampu menumbangkan Amerika dan Russia tidak lama lagi, insyallah…

Memahami Pernyataan “Allah tak tanya berjaya atau tidak, tetapi usaha kita”

Pernyataan ini adalah benar tetapi wajar diperhatikan penggunaannya yang betul bagi membawa maksud dan konteks yang tepat.
.
Ia juga bukan alasan berusaha sambil lewa, sebagai kerja bila ada masa terluang, hanya sekali-sekala bila menjelang PRU atau mungkin sekadar berceloteh di media sosial.
.
Sebaliknya, usaha yang dimaksudkan menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Apalagi ganjaran yang Allah janjikan berupa syurga yang luasnya lebih dari seluruh langit dan bumi.

Firman Allah Azzawajalla:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. Al-Taubah: 111)

.

Memilih untuk bersama gerakan mana pun, asal bersandar kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah, dan bertujuan menegakkan kembali kehidupan Islam, ia bukanlah satu masalah. Ini kerana ahlu-sunnah wal jamaah itu sifat gerakan bukan nama gerakan, gerakan yang benar boleh sahaja terdiri dari lebih dari satu gerakan. Maka gerakan dakwah ini haruslah pula mencontoh gerakan kelompok Rasulullah di Makkah sampai seterusnya tegaknya daulah Islam di Madinah, yang seterusnya menerapkan, mempertahankan dan menyebar luas ajaran Islam ke seluruh penjuru dunia.

.
Adapun dalam “berusaha”, tentulah usaha yang benar dan tepat diperlukan, sesuai untuk dijadikan hujah di hadapan Allah bahawa “aku sudah berusaha”. Kalau lah usaha itu tidak logik, contohnya nak tegakkan negara Islam perlu ubah perlembagaan, nak ubah perlembagaan kena menang 112 kerusi parlimen, maka, sesuatu yang tak masuk akal sekiranya pihak yang kata nak menegakkan Islam tu bertanding kurang dari jumlah kerusi minimum bagi mencapai matlamat menegakkan daulah Islam sebagaimana yang dilaungkan.
.
Akal waras tak menerima logik nak bina sebuah bangunan pencakar langit, tapi bahan binaan cuma cukup untuk buat reban ayam. Maka, berkokok lah berulang-kali setiap musim PRU, ia hanya pembohongan yang nyata. Tidak ada hasil yang membekas mampu dicapai melainkan mengulang-ulang kegagalan yang sama. Kegagalan memahami thoriqoh dan fikroh dalam perjuangan mengembalikan Islam ke posisi agungnya adalah kesilapan fatal. Masakan racun yang pernah membunuh dan merobek daulah Islam satu ketika dahulu boleh menjadi ubat untuk mengembalikan semula daulah Islam?

Kemakmuran Ekonomi Hanya Dengan Ideology Islam

 

Allah hamparkan bumi dengan segala khazanah di laut, daratan dan langit sebagai sumber rezeki dan kekayaan yang mencukupi untuk dikongsi setiap penghuninya sehingga ketentuan ajal setiap satunya.

.

Pada 1978, Thomas Malthus, seorang ahli ekonomi Barat pernah meramalkan, bahawa bekalan makanan untuk umat manusia tidak akan mencukupi kerana perkembangan umat manusia terlalu pesat sehingga produksi makanan tidak mampu menampung mengakibatkan kebuluran dan kematian. Ini akal mansusia yang cuba berlagak Tuhan.

.

Pada tahun 1850-an, baja sintetik berasaskan Phosphorus dicipta. Ini diikuti dengan sentisis baja berasaskan Nitrogen (dipanggil baja Ammonia) dicipta kemudiannya yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Penciptaan baja sintetik ini meningkatkan produktiviti pertanian secara eksponen, menyebabkan teori Malthus itu terbukti karut!

Haber Bosch Process

Ini antara contoh jelas kekuasaan Allah selaku Yang Maha Pencipta memiliki perancangan Nya yang Maha Bijaksana, yang sebahagian urusan itu tidak mampu diramal atau dijangkau dengan akal manusia, sebijak manapun manusia itu.

.

Kitaran ganas ekonomi yang menghimpit sebahagian besar populasi dunia bukanlah kerana kekurangan hasil bumi, sebaliknya kerana kerosakan yang dibawa oleh system hidup yang rosak. Penjajahan, yang merupakan salah satu sifat utama ideology kufur kapitalis dan sosialis membina kebahagiaan di atas kesengsaraan sebahagian manusia lain merupakan faktor utama terjadinya pelbagai tragedy yang kita saksikan hari ini.

.

Satu-satunya ideology yang mampu menyaingi dan menghancurkan kedua ideology kufur ini ialah Islam. Ideology ini akan menyinari seluruh umat manusia dengan rahmat dari Yang Maha Agung, mengatur seluruh kehidupan manusia agar sesuai dengan fitrah kejadian manusia, serta memakmurkan ekonomi dengan kemakmuran Islam.