Memahami Pernyataan “Allah tak tanya berjaya atau tidak, tetapi usaha kita”

Pernyataan ini adalah benar tetapi wajar diperhatikan penggunaannya yang betul bagi membawa maksud dan konteks yang tepat.
.
Ia juga bukan alasan berusaha sambil lewa, sebagai kerja bila ada masa terluang, hanya sekali-sekala bila menjelang PRU atau mungkin sekadar berceloteh di media sosial.
.
Sebaliknya, usaha yang dimaksudkan menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Apalagi ganjaran yang Allah janjikan berupa syurga yang luasnya lebih dari seluruh langit dan bumi.

Firman Allah Azzawajalla:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. Al-Taubah: 111)

.

Memilih untuk bersama gerakan mana pun, asal bersandar kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah, dan bertujuan menegakkan kembali kehidupan Islam, ia bukanlah satu masalah. Ini kerana ahlu-sunnah wal jamaah itu sifat gerakan bukan nama gerakan, gerakan yang benar boleh sahaja terdiri dari lebih dari satu gerakan. Maka gerakan dakwah ini haruslah pula mencontoh gerakan kelompok Rasulullah di Makkah sampai seterusnya tegaknya daulah Islam di Madinah, yang seterusnya menerapkan, mempertahankan dan menyebar luas ajaran Islam ke seluruh penjuru dunia.

.
Adapun dalam “berusaha”, tentulah usaha yang benar dan tepat diperlukan, sesuai untuk dijadikan hujah di hadapan Allah bahawa “aku sudah berusaha”. Kalau lah usaha itu tidak logik, contohnya nak tegakkan negara Islam perlu ubah perlembagaan, nak ubah perlembagaan kena menang 112 kerusi parlimen, maka, sesuatu yang tak masuk akal sekiranya pihak yang kata nak menegakkan Islam tu bertanding kurang dari jumlah kerusi minimum bagi mencapai matlamat menegakkan daulah Islam sebagaimana yang dilaungkan.
.
Akal waras tak menerima logik nak bina sebuah bangunan pencakar langit, tapi bahan binaan cuma cukup untuk buat reban ayam. Maka, berkokok lah berulang-kali setiap musim PRU, ia hanya pembohongan yang nyata. Tidak ada hasil yang membekas mampu dicapai melainkan mengulang-ulang kegagalan yang sama. Kegagalan memahami thoriqoh dan fikroh dalam perjuangan mengembalikan Islam ke posisi agungnya adalah kesilapan fatal. Masakan racun yang pernah membunuh dan merobek daulah Islam satu ketika dahulu boleh menjadi ubat untuk mengembalikan semula daulah Islam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *