Mengapa Jurang Ekonomi Semakin Melebar?

Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah dalam kitabnya, Nidhamul Iqtisady (Aturan Ekonomi dalam Islam) mengulas isu kemunculan jurang kaya-miskin yang melebar secara sistematik dalam sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan idea kebebasan berpemilikan, adalah kerana dari fundamental sistem itu sendiri yang memberi ruang dan hak individu atau syarikat atau negara memonopoli kekayaan yang melimpah di daratan mahupun di lautan. Khazanah alam yang merupakan kekayaan yang ditentukan sebagai hak milik umum dalam syarak dimonopoli.
.
Berdasarkan hadis: “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud], ia merupakan dalil melarang sesiapa memonopoli sesuatu sumber alam yang ditentukan sebagai hak milik bersama (malik al amah). Keberadaan negara hanyalah untuk menguruskan, bukannya menjadikan sumber ini hak milik negara sebagaimana dalam sistem ekonomi blok sosialis. 
.
Segala figure, parameters dan praktik dalam sistem ekonomi yang bersumberkan akal semata-mata akan gagal. Sama ada cepat (seperti ideology sosialis), mahupun kapitalis yang di jaga dan disebarluas oleh Amerika dan dahulunya Great Britain.
.
Jawapan saya kepada soalan “kenapa jurang ni makin lama makin besar?” ialah, kerana outcome dari sistem yang rosak menhasilkan kerosakan juga. Outcome dari sistem ekonomi kapitalis yang dibangun dari idea kebebasan berpemilikan, membenarkan kekayaan dimonopoli. 90% kekayaan berkumpul di tangan 10% manusia. Ada orang yang spend berjuta USD sehari hanya untuk berpesta, dalam masa yang sama ada anak-anak kecil yang kebuluran, ibu2 yang tidak mampu menyusukan anak mereka kerana mereka kekurangan nutrien dan segala macam penderitaan yang mungkin kita yang berada di Malaysia yang so called aman ni tak mampu membayangkan, apalagi merasakan.
.
Sekadar berkongsi pandangan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *