Panduan Ringkas Meneliti Kereta Terpakai

Dalam kondisi ekonomi yang serba menghimpit ini, ramai yang berdikotomi di antara keperluan memiliki kereta, dengan keupayaan menanggung perbelanjaan berkaitan kereta. Pilihan membeli kereta terpakai merupakan pilihan terbaik tetapi ada beberapa perkara yang harus diperhatikan kerana ada risiko tersendiri yang akan menyusahkan hidup kita di kemudian hari. Berikut adalah sedutan dari Azam Mekanik dalam bukunya “Bagaimana memilih Kereta Terpakai”. Anda boleh dapati buku ini dari http://www.bookplanet.com.my/ untuk info penuh:

  1. Cari Tanda Kemalangan: Sebahagian besar kesan kemalangan biasanya dibetulkan semula dengan mengetuk dan mengecat. Ia sangat sukar dikesan sepintas lalu. Kaedah yang terbaik dicadangkan ialah menggunakan magnet. Sekiranya ada bahagian magnet tidak melekat pada badan kenderaan, ia tanda tidak ada besi di bawah cat yang berkilat.
  2. Tanda-tanda banjir: Pastikan tiada kesan bau hapak, kesan air atau lumpur pada kerusi, kesan wap di bawah permaidani atau kesan karat yang ketara pada mana-mana bahagian kenderaan terutama bahagian bawah. Ini kerana, biasanya kenderaan yang terendam dalam banjir, lumpur akan mendap ke bahagian bawah kenderaan. Buka filler cap bahagian minyak enjin untuk melihat sekiranya ada kesan-kesan putih (akibat emulsi yang terbentuk apabila minyak enjib bercampur air), ia bukti jelas kenderaan pernah terkena banjir.
  3. Periksa enjin: Ini merupakan bahagia terpenting yang menentukan “jodoh” anda dengan kenderaan yang akan anda beli:
  • Buka bonet depan, periksa bahagian enjin. Enjin yang bersih menunjukkan kereta dijaga dengan baik, akan tetapi jika terlalu bersih, ia menunjukkan enjin telah dicuci dengan stim sebelum ditunjukkan kepada pembeli.
  • Periksa minyak enjin. Jika ianya kotor, membawa maksud ianya sudah lama tidak ditukar, atau ia enelan minyak enjin pada kadar yang tinggi. Keduanya merupakan perkara yang tidak baik untuk kenderaan.
  • Hidupkan enjin. Semua lampu isyarat amaran patut terpadan dalam masa satu atau dua saat.
  • Perhatikan asap. Asap kebiruan menunjukkan enjin yang using. Asap putih pula menunjukkan gasket atau injap bocor. Asap hitam pula indikasi penggunaan bahan api berlebihan. Ketiganya WAJIB dielakkan.
  • Tekan minyak sedikit. Tidak patut ada bunyi ketukan atau gegaran dari enjin sama ada sewaktu menekan ataupun melepaskan minyak.
  • Jangan lupa periksa bateri.
  • Akhir sekali, pastikan tidak ada kesan minyak pada tanah (atau lantai) di bawah kenderaan.

4. Transmisi: Bagi kenderaan manual,cari tanda kegelinciran klac (clutch slip) . Anda boleh mengesannya dengan menekan minyak pada gear dua atau tiga. Sekiranya rpm enjin naik, tapi kelajuan tak naik, klac mungkin perlu diganti. Bagi kenderaan auto pula, tekan brek, tukar gear dari P ke D, lihat tempoh masa yang diambil untuk gear bertindak. Jika terdapat kelewatan, berkemungkinan besar transmisi sudah usang. Pastikan tidak ada sentakan dalam mana-mana pertukaran gear.

5. Ruang Dalam: Pastikan semua paralatan berfungsi dengan baik termasuk power window, wiper, CD player dan sebagainya. Perhatikan juga kusyen kerana kusyen yang usang menunjukkan kenderaan diguna dengan lasak. Selak alas kaki pada lantai untuk melihat sekiranya ada lubang, kesan air atau karat

6. Stereng: Stereng patut bertindakbalas dengan baik. Jika Ia lari kiri dank e kanan, tayarnya perlu dilaraskan. Sekiranya stereng bergetar, rimnya memerlukan pelarasan.

7. Brek: Sekiranya kereta lari apabila anda membrek, ia mungkin disebabkan silinder roda atau caliper yang tersekat atau bocor. Jika bergetar kuat pula, brek cakera hadapannya mungkin rosak.

8. Suspensi: Cuba lihat dari jarak jauh, sepatutnya kenderaan tidak senget. Cuba tekan sudut kenderaan dan lepaskan, sepatutnya ia kembali ke kedudukan asal selepas satu henjutan. Jika ia terus menghenjut,

 tandanya shock absorbers mungkin perlu diganti.

9. Bahagian Bawah: Seboleh-bolehnya, pergi ke bengkel berhampiran, angkat menggunakan lif pengangkat untuk meninjau bahagian bawa kenderaan. Kita boleh memeriksa keadaan tayar dan bahagian bawah kenderaan dengan kaedah ini.

10. Dokumentasi: Nombor chasis dan enjin pada geran harus sama dengan yang terdapat pada kenderaan. Anda juga boleh meminta buku service untuk melihat sejarah servis dan baik pulih kenderaan.

Seorang Mengaku Tidak Bertuhan Juga Kembali Kepada Tuhan

 

14 Mac 2018. Stephen Hawking yang tidak mempercayai Tuhan menemui Tuhannya hari ini.

Dalam komuniti saintifik, dipanggil top-tiers scientist di Barat, kajian oleh Nature Megazine (1998) menyatakan, hanya 7% dari golongan ini mempercayai Tuhan  (Nature 394,313:23 July 1998) manakala kajian oleh Royal Society of London pula menyebutkan, hanya 5% dari golongan saintis elit mempercayai kewujudan Tuhan. (Evolution and Outreach, December 2013 6:33)

.

Hawking di diagnosis menghidap amyotrophic lateral sclerosis (ALS) pada usia 21 tahun. ALS ialah sejenis penyakit kemerosotan neuro yang melibatkan sel saraf di dalam otak dan spinal cord. Ini menyebabkan otak tidak mampu mengawal otot dan mengakibatkan lumpuh.

.

Hawking dikatakan Cuma mampu hidup selama 2 tahun, namun akhirnya, beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun, pada hari artikel ini ditulis. Ramai yang menyatakan, apa yang berlaku sebagai keajaiban, namun bagi Hawking, “Agama mempercayai keajaiban, tapi agama tidak cocok dengan sains”.

.

Apabila orang bertanya Hawking apakah Tuhan menciptakan alam semesta, Hawking memberitahu, soalan itu sendiri tidak masuk akal kerana MASA tidak wujud sebelum Big Bang, jadi, Tuhan tidak punya masa untuk mencipta alam semesta.

.

Ini adalah andaian akal manusia yang merasakan diri terlalu bijak sehingga mampu menjangkau segala rahsia alam walhal apa yang manusia mampu fahami terlalu cetek. Hawking mengandaikan Tuhan dalam kapasiti makhluk untuk dicerap, dirasa, disekutukan seperti sifatnya makhluk.

.

Berbeza dengan Islam, dalamnya ilmu sains kaum muslimin terdahulu menjadikan mereka lebih dekat kepada Sang Maha Pencipta. Aqidah sekular yang memisahkan agama dari kehidupan menjadikan ilmu sains yang dikembangkan oleh tamadun Barat menjauhkan mereka dari fitrah manusia yang mahu bertuhan. Faktanya, terlalu banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh sains bahkan tidak ada perkara yang berlaku secara spontan melainkan ada aturan khusus yang mengatur. Islam melihat Konsep Penciptaan adalah jawapan kepada “kebetulan” yang difahami oleh tamadun Barat.

.

Mereka enggan menerima turutan DNA yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lainnya itu bukanlah kebetulan melainkan ianya menurut aturan Yang Maha Bijaksana.

.

Mereka enggan menerima, satu sel dipanggil stem cell membentuk pelbagai jenis sel lain di dalam tubuh wanita sehingga tumbuh satu manusia lain darinya sebagai tanda kekuasaan Sang Maha Pencipta.

.

Islam tidak percaya kepada keajaiban. Islam menjawab keajaiban ini sebagai Kekuasaan Allah, Tuhan sekalian alam. Kekuasaan Allah itu tiada batas maka apa yang tidak mampu dijangkau akal manusia sebenarnya bukanlah keajaiban melaikan ianya bukti kekuasaan Allah.

.

Catatan Seorang Ahli Kimia Muslim, Kemaman, Terengganu.

Nak Khilafah, TETAPI…

Saya membicarakan tentang khilafah sejak 13 tahun lalu. Secara jujur, rata-rata umat Islam yang saya temui bersetuju akan khilafah sebagai sunnah dari Khulafa Ar Rashideen, dan menyatakan sokongan terhadap penyatuan hakiki di bawah Daulah Khilafah, satu negara untuk seluruh umat Islam….

TETAPI….

1. Ia bertentangan dengan realiti
2. Tidak ada kaedah politik lain selain masuk PRU dan sistem demokrasi
3. Kena tunggu Imam Mahdi
4. Kita insan lemah, tajwid pun lintang pukang
5. Kena tunggu ulama jadi leader
6. Kita usahakan sekadar termampu (undi 5 tahun sekali)
7. Aku orang business, aku tak boleh berpolitik
8. Aku kakitangan kerajaan, nanti kena tukar ke hulu
9. Aku doakan dari jauh, semoga berjaya
10. Tunggu aku pencen dulu. Lani tak sempat, banyak urusan
11. Kena kalahkan UMNO dulu
12. DAP tak akan setuju
13. Nanti Amerika dan China marah
14. Tak mahu dicop pengganas
15. Extreme sangat. Di luar jangkauan ilmu aku.

And long list to go.

Hanya satu je alasan untuk turut sama memikul kewajipan mengembalikan kehidupan Islam, iaitu kerana ia PERINTAH ALLAH.

Berbeza dengan generasi terdahulu, mereka berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Jabir ra. mengatakan bahawa ketika perang Uhud ada seseorang bertanya kepada Nabi saw, “Apakah tuan tahu, seandainya saya terbunuh maka di manakah tempat saya? Beliau menjawab, “Si dalam syurga. Kemudian orang itu melemparkan biji-biji kurma yang ada di tangannya lantas menuju ke medan perang sehingga dia gugur syahid. (H.R. Bukhari-Muslim)

Moga bersama beroleh ibrah