Seorang Mengaku Tidak Bertuhan Juga Kembali Kepada Tuhan

 

14 Mac 2018. Stephen Hawking yang tidak mempercayai Tuhan menemui Tuhannya hari ini.

Dalam komuniti saintifik, dipanggil top-tiers scientist di Barat, kajian oleh Nature Megazine (1998) menyatakan, hanya 7% dari golongan ini mempercayai Tuhan  (Nature 394,313:23 July 1998) manakala kajian oleh Royal Society of London pula menyebutkan, hanya 5% dari golongan saintis elit mempercayai kewujudan Tuhan. (Evolution and Outreach, December 2013 6:33)

.

Hawking di diagnosis menghidap amyotrophic lateral sclerosis (ALS) pada usia 21 tahun. ALS ialah sejenis penyakit kemerosotan neuro yang melibatkan sel saraf di dalam otak dan spinal cord. Ini menyebabkan otak tidak mampu mengawal otot dan mengakibatkan lumpuh.

.

Hawking dikatakan Cuma mampu hidup selama 2 tahun, namun akhirnya, beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun, pada hari artikel ini ditulis. Ramai yang menyatakan, apa yang berlaku sebagai keajaiban, namun bagi Hawking, “Agama mempercayai keajaiban, tapi agama tidak cocok dengan sains”.

.

Apabila orang bertanya Hawking apakah Tuhan menciptakan alam semesta, Hawking memberitahu, soalan itu sendiri tidak masuk akal kerana MASA tidak wujud sebelum Big Bang, jadi, Tuhan tidak punya masa untuk mencipta alam semesta.

.

Ini adalah andaian akal manusia yang merasakan diri terlalu bijak sehingga mampu menjangkau segala rahsia alam walhal apa yang manusia mampu fahami terlalu cetek. Hawking mengandaikan Tuhan dalam kapasiti makhluk untuk dicerap, dirasa, disekutukan seperti sifatnya makhluk.

.

Berbeza dengan Islam, dalamnya ilmu sains kaum muslimin terdahulu menjadikan mereka lebih dekat kepada Sang Maha Pencipta. Aqidah sekular yang memisahkan agama dari kehidupan menjadikan ilmu sains yang dikembangkan oleh tamadun Barat menjauhkan mereka dari fitrah manusia yang mahu bertuhan. Faktanya, terlalu banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh sains bahkan tidak ada perkara yang berlaku secara spontan melainkan ada aturan khusus yang mengatur. Islam melihat Konsep Penciptaan adalah jawapan kepada “kebetulan” yang difahami oleh tamadun Barat.

.

Mereka enggan menerima turutan DNA yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lainnya itu bukanlah kebetulan melainkan ianya menurut aturan Yang Maha Bijaksana.

.

Mereka enggan menerima, satu sel dipanggil stem cell membentuk pelbagai jenis sel lain di dalam tubuh wanita sehingga tumbuh satu manusia lain darinya sebagai tanda kekuasaan Sang Maha Pencipta.

.

Islam tidak percaya kepada keajaiban. Islam menjawab keajaiban ini sebagai Kekuasaan Allah, Tuhan sekalian alam. Kekuasaan Allah itu tiada batas maka apa yang tidak mampu dijangkau akal manusia sebenarnya bukanlah keajaiban melaikan ianya bukti kekuasaan Allah.

.

Catatan Seorang Ahli Kimia Muslim, Kemaman, Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *