Panduan Ringkas Meneliti Kereta Terpakai

Dalam kondisi ekonomi yang serba menghimpit ini, ramai yang berdikotomi di antara keperluan memiliki kereta, dengan keupayaan menanggung perbelanjaan berkaitan kereta. Pilihan membeli kereta terpakai merupakan pilihan terbaik tetapi ada beberapa perkara yang harus diperhatikan kerana ada risiko tersendiri yang akan menyusahkan hidup kita di kemudian hari. Berikut adalah sedutan dari Azam Mekanik dalam bukunya “Bagaimana memilih Kereta Terpakai”. Anda boleh dapati buku ini dari http://www.bookplanet.com.my/ untuk info penuh:

  1. Cari Tanda Kemalangan: Sebahagian besar kesan kemalangan biasanya dibetulkan semula dengan mengetuk dan mengecat. Ia sangat sukar dikesan sepintas lalu. Kaedah yang terbaik dicadangkan ialah menggunakan magnet. Sekiranya ada bahagian magnet tidak melekat pada badan kenderaan, ia tanda tidak ada besi di bawah cat yang berkilat.
  2. Tanda-tanda banjir: Pastikan tiada kesan bau hapak, kesan air atau lumpur pada kerusi, kesan wap di bawah permaidani atau kesan karat yang ketara pada mana-mana bahagian kenderaan terutama bahagian bawah. Ini kerana, biasanya kenderaan yang terendam dalam banjir, lumpur akan mendap ke bahagian bawah kenderaan. Buka filler cap bahagian minyak enjin untuk melihat sekiranya ada kesan-kesan putih (akibat emulsi yang terbentuk apabila minyak enjib bercampur air), ia bukti jelas kenderaan pernah terkena banjir.
  3. Periksa enjin: Ini merupakan bahagia terpenting yang menentukan “jodoh” anda dengan kenderaan yang akan anda beli:
  • Buka bonet depan, periksa bahagian enjin. Enjin yang bersih menunjukkan kereta dijaga dengan baik, akan tetapi jika terlalu bersih, ia menunjukkan enjin telah dicuci dengan stim sebelum ditunjukkan kepada pembeli.
  • Periksa minyak enjin. Jika ianya kotor, membawa maksud ianya sudah lama tidak ditukar, atau ia enelan minyak enjin pada kadar yang tinggi. Keduanya merupakan perkara yang tidak baik untuk kenderaan.
  • Hidupkan enjin. Semua lampu isyarat amaran patut terpadan dalam masa satu atau dua saat.
  • Perhatikan asap. Asap kebiruan menunjukkan enjin yang using. Asap putih pula menunjukkan gasket atau injap bocor. Asap hitam pula indikasi penggunaan bahan api berlebihan. Ketiganya WAJIB dielakkan.
  • Tekan minyak sedikit. Tidak patut ada bunyi ketukan atau gegaran dari enjin sama ada sewaktu menekan ataupun melepaskan minyak.
  • Jangan lupa periksa bateri.
  • Akhir sekali, pastikan tidak ada kesan minyak pada tanah (atau lantai) di bawah kenderaan.

4. Transmisi: Bagi kenderaan manual,cari tanda kegelinciran klac (clutch slip) . Anda boleh mengesannya dengan menekan minyak pada gear dua atau tiga. Sekiranya rpm enjin naik, tapi kelajuan tak naik, klac mungkin perlu diganti. Bagi kenderaan auto pula, tekan brek, tukar gear dari P ke D, lihat tempoh masa yang diambil untuk gear bertindak. Jika terdapat kelewatan, berkemungkinan besar transmisi sudah usang. Pastikan tidak ada sentakan dalam mana-mana pertukaran gear.

5. Ruang Dalam: Pastikan semua paralatan berfungsi dengan baik termasuk power window, wiper, CD player dan sebagainya. Perhatikan juga kusyen kerana kusyen yang usang menunjukkan kenderaan diguna dengan lasak. Selak alas kaki pada lantai untuk melihat sekiranya ada lubang, kesan air atau karat

6. Stereng: Stereng patut bertindakbalas dengan baik. Jika Ia lari kiri dank e kanan, tayarnya perlu dilaraskan. Sekiranya stereng bergetar, rimnya memerlukan pelarasan.

7. Brek: Sekiranya kereta lari apabila anda membrek, ia mungkin disebabkan silinder roda atau caliper yang tersekat atau bocor. Jika bergetar kuat pula, brek cakera hadapannya mungkin rosak.

8. Suspensi: Cuba lihat dari jarak jauh, sepatutnya kenderaan tidak senget. Cuba tekan sudut kenderaan dan lepaskan, sepatutnya ia kembali ke kedudukan asal selepas satu henjutan. Jika ia terus menghenjut,

 tandanya shock absorbers mungkin perlu diganti.

9. Bahagian Bawah: Seboleh-bolehnya, pergi ke bengkel berhampiran, angkat menggunakan lif pengangkat untuk meninjau bahagian bawa kenderaan. Kita boleh memeriksa keadaan tayar dan bahagian bawah kenderaan dengan kaedah ini.

10. Dokumentasi: Nombor chasis dan enjin pada geran harus sama dengan yang terdapat pada kenderaan. Anda juga boleh meminta buku service untuk melihat sejarah servis dan baik pulih kenderaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *