Sesalan Yang Tak Kunjung Sudah

Pagi tadi, sebuah rumah berhampiran kejiranan ku dipenuhi bendera berwarna biru. Tanda sokongan padu dari pemiliknya. Baruku tahu, rumah yang kelihatan daif itu dimiliki seorang penyokong kuat sebuah parti sekular di Malaysia.
 
Mungkin mereka tidak faham,sebagai rakyat yang memberi mandat untuk berdirinya sebuah pemerintahan yang meninggalkan kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w akan memberi mereka sesalan di hadapan Allah kelak.
 
Imam al-Ghazali telah menyebutkan tentang perkara ini dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din dengan kata-katanya:
 
“Betapa beruntungnya buat orang yang mati, dalam masa yang sama, dosanya juga turut mati (terhenti), tetapi celakalah buat orang yang mati, namun dosanya masih kekal berterusan selama seratus tahun, dua ratus tahun, atau lebih dari itu. Dia diazab di dalam kuburnya kerana dosa-dosa tersebut.”
 
Sesungguhnya nas-nas al-Quran juga jelas menyatakan perkara ini, antaranya firman ALLAH SWT.
 
“(Mereka dibiarkan menuduh dengan demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar. Sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.” (Al-Nahl: 25)
 
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” [Hadis riwayat Muslim]
 
jika seseorang membuat satu bid’ah dalam agama atau mengubal satu undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam. Kemudian undang-undang itu diikuti oleh negara dan manusia maka dosa kerana meninggalkan undang-undang Islam dan mengikut undang-undang ciptaan manusia ini ditanggung oleh mereka yang mengubalnya , meluluskannya dan yang menyokong supaya dijadikan satu akta untuk dilaksanakan. Walaupun penggubalnya sudah meninggal dunia tetapi undang-undang itu dilaksana kan di dunia dia tetap mendapat dosa besar yang akan berterusan masuk ke alam barzakh.
 
“Sesungguhnya setepat tepat perkataan adalah al-Quran, dan sebaik baik pertunjuk adalah pertunjuk Rasulullah SAW, dan seburuk buruk perkara adalah perkara “MUHDASAT” Tiap tiap perkara MUHDASAT merupakan BID’AH.Tiap tiap perkara BID’AH adalah sesat,dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka.” (Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain-lain).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *