Sekilas Mengenai Pembunuhan Dr. Fadi

 

Kematian tragis pensyarah UniKL pagi semalam merupakan satu berita yang memilukan, Imam Dr Fadi maut ditembak dalam perjalanan untuk meninaikan solat subuh. Pihak berkuasa berjaya merungkai punca sebenar kematian Dr Fadi dengan tragis di tembak pembunuh upahan yang disyaki agen perisikan asing. 10 das tembakan dilepaskan menunjukkan pembunuh benar-benar mahu memastikan beliau terbunuh. Moga Allah mengurniakan Dr Fadi Al Batsh dengan semulia-mulia kematian, sebagai syuhada. 
.
Saya percaya, pembunuhan terancang ini didalangi agent perisikan asing yang akan memberi kelebihan kepada negara haram Israel. 
.
Saya percaya, Dr Fadi tidak dibunuh semata-mata kerana usaha beliau membantu menyalurkan dana kepada mangsa kekejaman Israel sebaliknya ada sebab lain yang lebih besar.
.
Saya percaya, kes sebegini bukanlah yang pertama dan bukan pula yang terakhir kerana kejahatan negara-negara penjajah ini tidak pernah terhenti.
.
Bukanlah perkara asing lagi apabila Mossad (HaMossad leModiʿin uleTafkidim Meyuḥadim) , KGB (Komitet gosudarstvennoy bezopasnosti) , CIA (Central Intelligence Agency) dan MI6 (Secret Intelligence Service) bertindak dalam operasi di luar wilayah mereka. Pembunuhan ini wajar membuka mata semua pihak, khususnya pasukan keselamatan agar memutuskan segala bentuk kerjasama dengan negara asing (negara kafir harbi) dalam perihal ketenteraan, strategik (terutamanya PERISIKan) dan termasuk menjalankan latihan ketenteraan atau latihan taktikal bersama. Mereka bukanlah kawan dalam erti kata sebenarnya.
.
Allah mengingatkan kita dalam lafazNya yang Mulia:

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (Surah At-Taubah. Ayat 16)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *