Kewangan Selamat Dulu, Bebas Kewangan Kemudian

 

Langkah pertama ke arah kewangan selamat ialah perbelanjaan kurang dari pendapatan. Lebihan pendapatan itu disimpan untuk dilaburkan sebagai aset.
.
Kesilapan ramai orang, mereka mengharapkan untuk mengaut untung dari pelaburan tetapi tidak memiliki simpanan. Akibatnya, kebanyakannya rugi dan keadaan jadi lebih buruk.
.
Setiap orang yang berkerja pasti mengimpikan, satu hari nanti mereka tidak perlu lagi bersusah-payah kerja, tetapi ada duit untuk hidup tanpa meminta-minta. Itu dipanggil “passive income”. Membina passive income tidak sama dengan mendapatkan active income, dan ia memerlukan sistem tertentu dengan strategi tertentu.
.
Fasa sebelum bebas kewangan ialah kewangan selamat. Tempoh membina positive cash flow sebenarnya merupakan proses untuk seseorang meningkatkan financial intelligence mereka. Ia bukan soal besar atau kecil pendapatan, tetapi kawalan ke atas kewangan sendiri.
.
Hari ini, tidaklah menghairankan mereka yang berpendapatan besar tetapi kesempitan, malah tiada simpanan. Kawalan kewangan bukan sesuatu yang mudah, tetapi tersangat penting.
.
Mamanfaatkan simpanan emas fizikal adalah salah satu kaedah terbaik melatih diri berdisiplin menyimpan, dan menukarkan pendapatan kepada aset.
.

Antara pilihan bebas kewangan ialah simpanan yang sangat banyak sehingga mencukupi untuk kehidupan hingga akhir hayat.

Bukan emas yang menjadikan seseorang itu kaya, tetapi ilmu. Kaya itu pula bukan lah matlamat tetapi ALAT untuk hidup dengan lebih bahagia dan berbakti kepada lebih ramai orang.

-Saudagar Emas Dari Inderapura-

Mindset Beyond The Inspiration

Apa yang saya pelajari dari dunia perniagaan, dunia korporat, angkatan tentera, pengajian formal di universiti dan halaqah-halaqah pengajian kitab, kita memerlukan MINDSET, TOOLS dan KNOWLEDGE untuk berjaya.
.
Antara ketiganya, MINDSET adalah paling utama walaupun dua lagi itu juga sangat penting. Mindset ni umpama makanan dan ubatan bagi pasukan tentera. Sekiranya diasak hingga terpaksa menyerah, antara kelengkapan tempur dengan makanan yang mana yang harus dahulu diserahkan, tentu sekali kelengkapan tempur kerana tanpa kelengkapan tempur, makanan dan ubatan boleh memastikan pasukan terus hidup dan ada potensi untuk bangkit. Tanpa makanan dan ubatan (bagi yang tercedera), sekalipun masih punya kelengkapan tempur, pasukan tentu akan mengalami kekalahan yang mematikan.
.
Memandang kondisi umat Islam pada hari ini umpama pasukan tentera yang sudah hampir-hampir tewas, makanan dan ubatan bagi pasukan ini ialah MINDSET iaitu ideology Islam yang menawarkan solusi terhadap segala permasalahan yang membelenggu umat manusia hari ini.
.
MINDSET ini disajikan dengan bisyarh (khabar gembira) dari Rasulullah s.a.w bahawa Islam pasti akan kembali sebagai sebuah kuasa yang memimpin dunia sehingga hamlu dakwah sepatutnya melihat, “mustahil Khilafah tidak akan kembali” walaupun realiti sememangnya menunjukkan indikasi seolah ia satu cerita yang jauh.

.

Dan (Allah telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu [Surah Al Fath, Ayat 21]

Kota Rom Akan Kita Takluki

Musuh-musuh Islam sesungguhnya  tidak mampu menghalang kembalinya Khilafah, mereka hanya boleh memperlambatkannya dengan mengadakan kesulitan di pihak yang memperjuangkannya. Sebelum ini seruan penyatuan di bawah naungan daulah itu hanya seruan berbentuk lokal di Al Quds, hari ini, pelbagai bangsa dari pelbagai benua menyambutnya, memperbincangkannya serta menyatu dengannya.
.
Tentulah pada permulaannya, segelintir manusia yang memilki mantikul ihsas (kepekaan politik) yang lebih tinggi akan menyambut seruan ini. Usaha memimpin umat dengan pemikiran Islami dengan keluar dari kekusutan pemikiran yang parah bukanlah mudah. Hamlu dakwah memerlukan pelbagai teknik, ketahanan, keikhlasan dan kesungguhan yang tidak sedikit.
.
Bagi mereka yang mengimani dan mencintai Rasulullah s.a.w, mereka pasti meyakini, setiap bisyarh (khabar gembira) dari baginda sekalipun ia sangat melangkaui realiti yang mampu diindera.
.
“Kota manakah yang akan dibebaskan (oleh kaum Muslimin) terlebih dahulu, Constantinople atau Rom? Nabi SAW menjawab, ‘Kotanya Hiraklius (Constantinople) yang akan dibuka lebih dahulu”. [HR Ahmad]
.
Constantinople telah dibuka 825 tahun setelah Rasulullah menjanjikan nubuwwat tersebut. Melalui tangan-tangan penolong agama-Nya yang gigih gigih. Di bawah pimpinan soleh yang muda dengan cita-cita besar demi sebuah janji-Nya. Muhammad Al-Fatih bersama 250.000 tenteranya telah menzahirkan kebenaran hadis tersebut. Tetapi kota Rom, hingga hari ini belum kunjung terlihat mampu dibuka oleh muslimin.
.
Syeikh al-Albani dengan penuh keyakinan menjelaskan hadis nubuwwat tersebut dalam kitabnya al-Silsilah al-Shahiha, “Dan tidak diragukan juga bahawa penaklukan kedua (Kota Rom) menguatkan keyakinan akan kembalinya khilafah rasyidah untuk umat ini.”
.
Moga kita menjadi sebahagian dari kebangkitan yang agung ini. 

Memperingati Tragedi Nakba 1948

Semalam, 15 May 2018, genap 70 Tahun tragedi Nakba, iaitu tertubuhnya Negara Haram Israel dan pengusiran penduduk Palestine dari tanah air mereka. Wilayah yang dibuka oleh Umar Al Khattab dan Salahuddin Al Ayubi ini dirampas oleh puak Zionist dengan kerjasama British dan UN.

.

Hari ini, setelah 7 dekad berlalu, para pemimpin negara umat Islam sibuk merujuk kepada UN bagi menyelesaikan isu ini. Pelbagai slogan dan retorik dipertontonkan, namun Palestine tetap dinodai para pengganas ini. Hakikat yang berlaku, setelah 70 tahun tragedy Nakba berlaku, Tanah Al Quds terus bermandi darah. 
.

Rakyat Palestine membawa kunci-kunci rumah yang diwariskan dari generasi ke generasi sebagai simbol dan memori akan hak mereka untuk pulang semula ke rumah–rumah mereka yang dirampas oleh penjajah Zionist, sebagai “right of return.” Semangat mereka tidak pernah padam sekalipun kaum muslimin sendiri yang memulaukan mereka sejak sekian lama. Curahan simpati dan bantuan sekalipun terus-menerus tiba, ia tidak sekali-kali membawa solusi sebenar bagi menamatkan krisis yang berlaku.
.

Dalam perkembangan terbaru, Kerajaan Saudi dan Turki yang merupakan sekutu kuat Amerika (dan Israel) menyatakan “kecaman” terhadap insiden keganasan terbaru di Gaza. Ternyata ia hanya retorik kosong yang sudahpun diulang-ulang sekian lama. Moga Allah membalas pengkhianatan mereka ke atas Al Quds dan kaum muslimin~!!!

Perjuangan Bukanlah Sekadar Di Kertas Undi

Hamlu dakwah berdekam di penjara-penjara seksaan para tyrant demi memperjuangkan agama Allah, para imam mujtahid ada yang dibunuh kerana tegas menyampaikan kalimat haq, kamu tenyeh kat kertas undi 5 tahun sekali dah rasa berjuang demi Islam?

.

Murah sangat nilai perjuangan tu…

.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-baqarah 214).

.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al Ankabut ayat 2-3)

.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

.

Ketika perang dunia pertama, Turki Uthmaniah terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Perancis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan pengkalan tentera British menempatkan juga askar-askar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu ‘revolusi Arab’ menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran ‘Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari ‘levant’ termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Timbalan Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam. Ini hanyalah cebisan dari episod sedih pengkhianatan oleh kaum muslimin sebagai agent barat dari pelbagai kisah di merata dunia.

.

Peristiwa yang disebut sebagai ‘Dahagi’ (mutiny – atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan ‘firing squad’. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung. Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah..

.

Inilah Politik, inilah perjuangan. Ia tidak pernah semudah memangkah di kertas undi 5 tahun sekali, konon bersudah payah balik mengundi, seterusnya mendabik dada seolah-olah sudah berjuang demi Allah dan Rasul.

Adaptasi dari nukilan : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor