Perjuangan Bukanlah Sekadar Di Kertas Undi

Hamlu dakwah berdekam di penjara-penjara seksaan para tyrant demi memperjuangkan agama Allah, para imam mujtahid ada yang dibunuh kerana tegas menyampaikan kalimat haq, kamu tenyeh kat kertas undi 5 tahun sekali dah rasa berjuang demi Islam?

.

Murah sangat nilai perjuangan tu…

.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-baqarah 214).

.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al Ankabut ayat 2-3)

.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

.

Ketika perang dunia pertama, Turki Uthmaniah terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Perancis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan pengkalan tentera British menempatkan juga askar-askar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu ‘revolusi Arab’ menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran ‘Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari ‘levant’ termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Timbalan Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam. Ini hanyalah cebisan dari episod sedih pengkhianatan oleh kaum muslimin sebagai agent barat dari pelbagai kisah di merata dunia.

.

Peristiwa yang disebut sebagai ‘Dahagi’ (mutiny – atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan ‘firing squad’. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung. Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah..

.

Inilah Politik, inilah perjuangan. Ia tidak pernah semudah memangkah di kertas undi 5 tahun sekali, konon bersudah payah balik mengundi, seterusnya mendabik dada seolah-olah sudah berjuang demi Allah dan Rasul.

Adaptasi dari nukilan : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *