Kota Rom Akan Kita Takluki

Musuh-musuh Islam sesungguhnya  tidak mampu menghalang kembalinya Khilafah, mereka hanya boleh memperlambatkannya dengan mengadakan kesulitan di pihak yang memperjuangkannya. Sebelum ini seruan penyatuan di bawah naungan daulah itu hanya seruan berbentuk lokal di Al Quds, hari ini, pelbagai bangsa dari pelbagai benua menyambutnya, memperbincangkannya serta menyatu dengannya.
.
Tentulah pada permulaannya, segelintir manusia yang memilki mantikul ihsas (kepekaan politik) yang lebih tinggi akan menyambut seruan ini. Usaha memimpin umat dengan pemikiran Islami dengan keluar dari kekusutan pemikiran yang parah bukanlah mudah. Hamlu dakwah memerlukan pelbagai teknik, ketahanan, keikhlasan dan kesungguhan yang tidak sedikit.
.
Bagi mereka yang mengimani dan mencintai Rasulullah s.a.w, mereka pasti meyakini, setiap bisyarh (khabar gembira) dari baginda sekalipun ia sangat melangkaui realiti yang mampu diindera.
.
“Kota manakah yang akan dibebaskan (oleh kaum Muslimin) terlebih dahulu, Constantinople atau Rom? Nabi SAW menjawab, ‘Kotanya Hiraklius (Constantinople) yang akan dibuka lebih dahulu”. [HR Ahmad]
.
Constantinople telah dibuka 825 tahun setelah Rasulullah menjanjikan nubuwwat tersebut. Melalui tangan-tangan penolong agama-Nya yang gigih gigih. Di bawah pimpinan soleh yang muda dengan cita-cita besar demi sebuah janji-Nya. Muhammad Al-Fatih bersama 250.000 tenteranya telah menzahirkan kebenaran hadis tersebut. Tetapi kota Rom, hingga hari ini belum kunjung terlihat mampu dibuka oleh muslimin.
.
Syeikh al-Albani dengan penuh keyakinan menjelaskan hadis nubuwwat tersebut dalam kitabnya al-Silsilah al-Shahiha, “Dan tidak diragukan juga bahawa penaklukan kedua (Kota Rom) menguatkan keyakinan akan kembalinya khilafah rasyidah untuk umat ini.”
.
Moga kita menjadi sebahagian dari kebangkitan yang agung ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *