Mindset Beyond The Inspiration

Apa yang saya pelajari dari dunia perniagaan, dunia korporat, angkatan tentera, pengajian formal di universiti dan halaqah-halaqah pengajian kitab, kita memerlukan MINDSET, TOOLS dan KNOWLEDGE untuk berjaya.
.
Antara ketiganya, MINDSET adalah paling utama walaupun dua lagi itu juga sangat penting. Mindset ni umpama makanan dan ubatan bagi pasukan tentera. Sekiranya diasak hingga terpaksa menyerah, antara kelengkapan tempur dengan makanan yang mana yang harus dahulu diserahkan, tentu sekali kelengkapan tempur kerana tanpa kelengkapan tempur, makanan dan ubatan boleh memastikan pasukan terus hidup dan ada potensi untuk bangkit. Tanpa makanan dan ubatan (bagi yang tercedera), sekalipun masih punya kelengkapan tempur, pasukan tentu akan mengalami kekalahan yang mematikan.
.
Memandang kondisi umat Islam pada hari ini umpama pasukan tentera yang sudah hampir-hampir tewas, makanan dan ubatan bagi pasukan ini ialah MINDSET iaitu ideology Islam yang menawarkan solusi terhadap segala permasalahan yang membelenggu umat manusia hari ini.
.
MINDSET ini disajikan dengan bisyarh (khabar gembira) dari Rasulullah s.a.w bahawa Islam pasti akan kembali sebagai sebuah kuasa yang memimpin dunia sehingga hamlu dakwah sepatutnya melihat, “mustahil Khilafah tidak akan kembali” walaupun realiti sememangnya menunjukkan indikasi seolah ia satu cerita yang jauh.

.

Dan (Allah telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu [Surah Al Fath, Ayat 21]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *