Selepas LGBT, Apa Lagi?

LGBT + Q + B (Bestiality) + N (Necrophilia) +Entah apa lagi…
 
Terbaru, singkatan Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT)  sudah ditambah huruf “Q” pula.  Saya berpandangan, akronim ni akan bertambah panjang seiring masa apabila orientasi akal manusia yang hilang pertimbangan terus dilayan.
.
Mungkin lepas ni ada istilah baru untuk syahwat terhadap haiwan, tumbuhan, atau perkahwinan dengan kucing, anjing, basikal, nyamuk, kerusi urut dan sebagainya sama ada dari spesis selain manusia (Bestiality) atau benda tak bernyawa, malah tak terkecuali, nafsu terhadap mayat (Necrophilia).
.
Bila Islam menghalalkan perkahwinan dengan gadis belum baligh, yang mengaku Islam pun sibuk defensive konon hukum yang Allah tetapkan tu tak sesuai dengan zaman ini.
.
Faktanya, yang rosak itu realiti, bukannya hukum Allah. Bila realiti itu bertentangan dengan hukum Allah, maka realitilah yang wajib ditundukkan bukannya hukum Allah ditundukkan di bawah realiti.
.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
 
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
 
“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu …” [Al-Maa-idah: 3]
.
Apabila miqyas (tolok ukur) manusia berdasarkan akal manusia semata-mata, sentiasa akan berlaku perubahan yang tidak pernah selesai. Keterbatasan akal manusia tidak memungkinkan manusia menentukan seluruh aturan hidup dengan panduan akal semata-mata, sebaliknya manusia memerlukan petunjuk dari Sang Maha Pencipta.
.
Islam adalah agama yang sempurna sebagai IDEOLOGY dan sebagai AQIDAH yang menjalin aturan hidup dan kehidupan beragama sebagai sebuah kesatuan. Bukan sebagai dua perkara yang saling kontradik. Manusia yang bertuahankan akal sebenarnya menjadi hamba kepada nafsu, sama ada nafsu itu kepunyaan mereka, ataupun nafsu buas pemangsa yang memangsakan sesiapa sahaja yang tidak berdaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *