Ada Apa Dengan Teori Konspirasi

Baru-baru ini, kecoh mengenai penangkapan Harun Yahya, penulis terkenal dari Turki kerana pelbagai tuduhan oleh pihak kerajaan Turki. Saya tidak berminat untuk menjadi “hakim” dalam kes ini, tetapi sekadar meninjau mengenai apa yang berlaku berkaitan dengan “teori konspirasi”.

Harun Yahya adalah antara sifu dalam pendokong Teori Konspirasi. Kalau kita ke kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH, kita akan dapati buku Harun Yahya dan semazhab dengannya banyak sekali didapati. Tengok saja tajuk-tajuk seputar isu Dajal, Freemanson, Yahudi, Zionist, Yakjuj Makjud dan sebagainya, kesemuanya membicarakan fakta-fakta yang berjela-jela mengenai pelbagai konspirasi yang “menarik”, kadangkala ajaib. 

Saya sendiri antara peminat tegar teori konspirasi ini sebelum saya belajar dengan Hizbut Tahrir untuk memahami landasan berfikir dalam Islam.

Cara berfikir golongan yang taksub dengan teori konspirasi ini ialah menjadikan realiti sebagai SUMBER BERFIKIR, lalu bermacam kesimpulan muncul dari sumber ini. Cara berfikir semacam ini adalah keliru kerana sumber panduan sebenar bukanlah terletak pada realiti, sebaliknya pada pedoman dari wahyu.

Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah menjelaskan dalam kitabnya “Nizhomul Islam” (Aturan Dalam Islam), cara berfikir Islami ialah dengan menjadikan realiti sebagai OBJEK BERFIKIR dan penilaian ke atas realiti harus dipantulkan dalam pertimbangan syarak. Umat Islam harus memahami perkara ghaib dengan panduan nas yang jelas, manakala memahami perkara di alam realiti dengan penginderaan dan berfikir menggunakan miqyas (standard) yang terikat dengan hukum halal dan haram.

Berminat untuk mengkaji cara berfikir yang mustanir? Boleh terus menghubungi pihak Hizbut Tahrir Malaysia. Hizbut Tahrir memang mengendalikan kelas-kelas pengkajian secara percuma di merata pelusuk dunia. Mudah-mudahan, melalaui pengkajian yang mendalam, umat lebih memahami kemurnian pemikiran Islam yang sangat agung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *