Hukum Allah Tidak Tertakluk Kepada Sempadan Ciptaan Manusia

Polemik “perbezaan Hari Arafah” menunjukkan umat Islam mulai perasan, ada sesuatu yang tidak kena pada “ajaran Islam” yang diwartakan menurut sempadan negara bangsa yang diwarisi dari Penjajah.

Sekiranya kita bertanya kepada kebanyakan umat Islam, mereka pasti bersetuju bahawa agama Allah ini tidak terbatas dengan sempadan negara, bangsa mahupun masa.

Dalam kes ini, hukum haramnya berpuasa pada hari raya tetap sama ada negara itu ialah Malaysia, Sudan mahupun Amerika. Mengadakan “Hari Arafah” yang lain selain dari tarikh Masyair Haram di bumi Arafah merupakan sesuatu yang jelas menyalahi syarak.

Ada yang cuba membuat fallacy hujah terhadap saya apabila saya terangkan kesalahan dalam perbezaan Eid Adha (dan Eid Fitri) sebab saya bukanlah dari pelajar jurusan agama, kononnya tidak ada kepakaran usul fiq dan sebagainya, saya cuma jelaskan kepada mereka ni, menyatakan yang haram sebagai haram, kemungkaran sebagai kemungkaran itu KEWAJIPAN ke atas semua, tidak kiralah dia berpendidikan sains, agama, atau drop out dari pengajian.

Construction of argument dalam perbincangan hukum harus bersumberkan nas yang jelas, serta difahami dengan makna yang benar dari nas berkenaan. Anehnya, golongan yang cuba melakukan fallacy hujah ni cuma mampu “berhujah”, kita ikut kerajaan dan orang yang lebih tahu.

Kerajaan sekular yang lebih tahu? Orang agama yang bisu dari maksiat dilakukan pemerintah?

Itukah yang kalian ikut?

Ketetapan ini semata-mata kerana pada asasnya, pihak berkuasa di Malaysia, juga di negara umat Islam lainnya tidak memandang seluruh umat Islam di dunia sebagai sebuah kesatuan. Ia semata-mata kerana sempadan asobiah dan wathaniah walaupun beza Hijaz dengan Malaysia cuma 5 jam, bukannya 24 jam sehingga berlaku 2 tarikh berbeza untuk satu ketetapan tarikh yang sama.

Hari Arafah ialah 9 Zulhijjah, bukan 10 Zulhijjah. Itu pun umat Islam di Malaysia tidak nampak? Katanya “taat kepada pemerintah…” Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda;

Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam (perkara) memaksiati Allah” [HR Ahmad dan Hakim].

Apakah ketetapan hari raya yang bertentangan dengan ketetapan wahyu ini bukan (perkara) memaksiati Allah? Jadi, siapakah pemecah belah umat yang sebenarnya? Apakah orang yang ingin mentaati Allah dan Rasul dikatakan pemecah belah umat, manakala pemerintah yang melanggar perintah Allah dan Rasul dianggap penjaga kesatuan umat?

Krisis Syria

Menuduh pejuang Syria menggunakan Sarin Gas untuk membunuh penduduk awam, kemudian menyalahkan Assad ialah seperti menuduh seorang ayah atau abang membunuh anak isteri sendiri demi menyalahkan kerajaan. Ada sesiapa yang baca post ni fikir ini sebagai logik?

Serangan maut yang mengorbankan lebih 1300 penduduk awam itu antara bukti jelas serangan berkapasiti besar yang hanya mampu dilakukan oleh pasukan tentera yang tersusun, melalui bedilan terkoordinasi, bukannya serangan gerila oleh pejuang.

Sekiranya Amerika mahu Perang di Syria tamat, ia sudah lama berakhir. Hakikatnya, Amerika belum menemukan puppet yang sesuai menggantikan Basyar, dan dikhiatiri vacuum yang berlaku sekiranya Basyar dijatuhkan diganti dengan munculnya sebuah Daulah Khilafah, maka kedudukan Sang Penyembelih ini harus dipertahankan. Russia pula mengambil posisi mengurus untuk pihak Amerika sambil mengintai peluang walaupun terpaksa menjadi kuli buat Amerika dalam krisis ini.

Serangan terbaru oleh Amerika yang betul-betul hampir dengan kedudukan tentera Russia jelas menunjukkan, Amerika cuba memberi peringatan, mereka lah yang sebenarnya berkuasa. Serangan yang diberitahu terlebih dahulu melalui media sosial ni hanya wayang murahan