Nasihat Kewangan Percuma

Menurut Encik Azizi Ali, mentor kewangan saya, “Nasihat kewangan percuma selalunya paling mahal”. Pada mulanya, saya agak susah untuk memahami pernyataan ini. Namun, bila difikir secara mendalam, ia sangat tepat.

Pernyataan seperti “orang kaya lambat masuk syurga, kena merangkak masuk syurga” yang kononnya disandarkan kepada hadis mengenai sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abdurrahkan Bin Auf RA terpaksa merangkak untuk masuk syurga kerana terlalu kaya merupakan hadis yang dahif, yang menurut Imam Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya, al-Maudhu’at,  “Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Hadith ini dusta dan mungkar.” Dia berkata,“’Umarah bin Zadzan tidak boleh dijadikan hujah.”

Golongan ini sebenarnya hanyalah mereka yang berminda negatif, lalu cuba pula menjangkitkan minda mereka yang lemah itu kepada orang lain. Sedangkan Islam, sebagai ad deen yang teragung, menjadi sesuatu kemustahilan yang jelas untuk Deen ini mengajarkan kepada manusia untuk mundur, lemah mahupun penakut.

Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat.