Umat Itu Satu Kesatuan

Adalah sesuatu yang sangat menghairankan bagi saya apabila seorang yang berpendidikan agama dan mempunyai kedudukan boleh mengeluarkan pandangan isu Syria adalah civil war yang mana “pihak luar” tidak berhak campur tangan. Lebih tepat lagi, orang ini memandang, isu Syria adalah isu orang Syria dan bukan isu umat Islam.
 
Umat ini sesungguhnya umpama satu tubuh, apabila satu bahagian tubuh kesakitan, seluruh bahagian lain turut sama merasai keperitannya. Sekiranya berlaku kecederaan pada kaki, mata akan berjaga, sistem imunisasi tubuh berusaha melawan, geraham dikacip menahan kesakitan…. Begitu perumpamaan tubuh yang kesakitan.
 
Nabi s.a.w bersabda:
 
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
.
“Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.” [HR al-Bukhari]
 .
Isu Somalia, Iraq, Afghan, Kahsmir, Rakhine, Palestine, Syria dan seluruhnya ialah isu kita, isu umat Islam~!!! Jangan sesekali kita pisah-pisahkan kesatuan umat ini dengan sempadan nation state yang dilakar penjajah kuffar sehingga kita lupa hakikat kesatuan umat ini didirikan di atas dasar ikatan aqidah yang agung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *