Memahami Narasi Syaitan

Kita sudah saksikan satu persatu isu timbul selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14 yang lalu. Pelbagai tuntutan dilakukan oleh pelbagai pihak yang rata-ratanya cuba memberi justifikasi ke arah Malaysia yang lebih bebas, demokratik, dan segala macam slogan sejenisnya.
.
Dalam memahami reality yang berlaku, harus kita fahami terlebih dahulu apakah “final outcome” dari semua ini. Ini kerana, sesuatu peristiwa politik tidak berdiri sendiri tetapi merupakan satu dari siri peristiwa yang saling berkaitan, mengantarkan kepada tujuan tertentu sama ada ia tersurat, mahupun tersirat.
.
Posisi sebagai Menteri Agama, Mufti atau apa-apa kedudukan yang baik dalam institusi agama di dalam sebuah negara sekular yang mencampakkan hukum-hukum Allah bukanlah kerana pengiktirafan terhadap kemuliaan hukum syarak, sebaliknya ia adalah untuk menjustifikasikan atau membenarkan tindakan pihak kerajaan dengan justifikasi syarak. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila tindak-tanduk “pihak berkuasa agama” sentiasa berpihak kepada agenda sekular-liberal dan merugikan umat Islam sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan akan terus berlaku sekiranya realiti yang rosak ini tidak diubah.
.
Dari tuntutan kebebasan LGBT, melecehkan ajaran Islam dalam perihal poligami dan pernihakan kanak-kanak, dan terbaru untuk melarang operasi cegah khalwat, semua itu merupakan narasi dari narasi-narasi syaitan, yang berpenghujung dengan kerugian kepada Islam dan umatnya, dan memberi kelebihan (atau kemenangan) kepada penganut idea sekula-liberal.

.
Semoga rentetan kejadian yang berlaku ini membuka mata semua pihak akan betapa banyaknya kepincangan hukum syarak yang terjadi dalam negara, baik di pihak rakyat mahupun pemimpin. Moga dengan memahami makar yang berselindung si sebalik slogan-slogan kontemporari ini, umat akan mampu memberi respon yang benar dan seterusnya berusaha mengembalikan kehidupan Islam, yang membawa rahmat ke seluruh alam insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *