Murtad Sebab Terlalu Banyak Berparadox

 

 

Saya agak lama dah pencen dari bab berbelit-belit dengan polemic macam ni. Pengembaraan mencari kebenaran dari kerangka berfikir yang bercampur aduk andaian, khayalan, fakta dan segala mak nenek falsafah…. Golongan macam ni wujud sejak awal zaman manusia.

Basically, ada yang percaya manusia dari beruk. Ada yang percaya manusia muncul tiba-tiba secara ajaib. Ada yang tak kesah lah manusia dari mana pun, janji makan sedap, tidur okey…. Kira move on.

Bermain dengan paradox tak mungkin habis. Soalan ayam dulu ke telur dulu, soalan batu berat Tuhan boleh angkat ke tak, boleh tak Allah cipta baju besi yang tak mampu ditembusi dalam masa sama cipta pedang yang boleh tembus semua baju besi…. Tak habis ceritanya.

Pandangan “sains” puak ni, semua proses berlaku secara “atomatik” atau “semulajadi sampai Allah tak ada fungsi pun dalam perantaraan semua proses ni.

Well…. Saya beriman mukjizat Al Quran itu kalam Allah yang sasteranya tidak mampu dicabar para penyair terhebat di zamannya. Takat ngaji arab sampai form 6 tak payah gebeng nak cabar sastera Al Quran.

Saya beriman bahawa Muhammad s.a.w itu penutup segala nabi, sesuai dengan ajaran yang baginda bawa sesuai hingga ke hari Kiamat, untuk seluruh bangsa manusia.

Saya beriman bahawa sebagai manusia yang memiliki naluri menyembah, hidup bertuhan itu sesuai dengan fitrah manusia yang sentiasa memerlukan saluran kepada naluri ini. Hidup lebih stress kalau cuba menfikan naluri manusia sendiri.

Saya beriman bahawa segala aturan yang terpancar dari Al Quran itulah yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik, menyatukan pelbagai ras dan bangsa manusia di jazirah arab, afrika dan Persia sehingga dalam masa kurang 60 tahun, dua negara superpower Rom dan Parsi tumbang di bawah kekuasaan Khilafah. Sedangkan sebelumnya, mereka cuma bangsa gasar yang mundur dan saling berperang.

Saya juga tidak menjadi lebih mundur atau bodoh atau miskin disebabkan kesaksian saya ini. Malah, saya juga boleh hidup dengan lebih tenang, kerana mengakui, satu hari nanti, saya akan mati untuk bertemu Sang Maha Pencipta yang menghidupkan saya di alam ini.

Maha Suci Allah dari sebarang sekutu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *