Impian Di Luar Realiti

Ada kawan kata, tak usah susah-susah sibukkan diri dengan usaha menegakkan Khilafah, kerana ia terlalu besar untuk difikirkan, kita tidak mampu mengubah dunia. Alasannya, nak ubah diri sendiri pun sangat susah, macam mana nak sembang mengenai menegakkan sebuah negara superpower yang melenyapkan international borders, menumpaskan negara-negara imperialist, merombak seluruh sistem perbankan serta pasaran modal…. Ia sesuatu yang benar-benar “Beyond the Inspiration”.
 
Katanya, cukuplah kita ubah diri kita, segala kejayaan kita boleh kecapi dalam dimensi yang lebih realistik.
 
Saya menerangkan kepadanya bahawa, ketika kaum muslimin dikepung Tentera Ahzab yang berkekuatan 3 kali ganda mereka, dikhianati pula oleh puak Yahudi dari Bani Quraizhoh dari dalam kota Manidah, Rasulullah s.a.w menuturkan hadis ini semasa para sahabat menggali parit, ketika batu memercikkan api kerana dihentak dengan penggali oleh tentera kaum muslimin yang sedang kepenatan menggali:
 
“Adapun sinar pertama, denganya Allah akan menaklukkan Yaman untukku. Adapun sinar kedua, dengannya Allah akan menaklukkan Syam dan Negeri-negeri Barat untukku. Sedang sinar yang ketiga, denganya Allah akan menaklukkan negeri-negeri timur untukku”[HR Ibn Hisyam]
.
Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita untuk meyakini sesuatu yang berada diluar pemikiran logik kita. Ini kerana, kita diajar untuk mengakui hakikat keterbatasan akal dan keupayaan manusia, sedangkan Allah tidak sekali-kali membebankan kepada kita sesuatu kewajipan yang berada di luar kemampuan kita, walaupun dalam perkiraan logik kita tidak mampu memahami sesuatu realiti secara keseluruhannya.

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..” [Surah al-Baqarah ayat 286]

.
Formula hidup luar biasa bagi seseorang muslim bukanlah untuk sekadar menjadi kaya (walaupun ia sangat penting), bukan sekadar untuk menjadi seorang ayah atau anak yang baik (walaupun ia juga sangat utama), tetapi kita dipikulkan tanggungjawab untuk memakmurkan muka bumi ini dengan Islam. Agar deen ini tegak sebagai carahidup yang dizahirkan. Tidak ada cara lain melangsungkan kehidupan Islam melainkan dengan menegakkan Daulah Khilafah.
.
Bagi bisyarh (khabar gembira) dari Rasulullah s.a.w, ia sesungguhnya merupakan REALITY yang tertangguh. Baginda tidak akan sekali-kali berkata melainkan dari apa yang Allah wahyukan.
.
Sama ada kita memilih untu berjuang semata-mata demi kenimatan dunia, ataupun untuk merebut kemuliaan yang pernah dikecapi para sahabat Rasulullah s.a.w, sebagai sebahagian dari pejuang Islam.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *