Perubahan Hakiki

 

Perubahan melalui pilihanraya demokrasi terbukti menukarkan dari satu regim diktator kepada diktator yang lain. Sistem yang terus berlangsung ialah sistem demokrasi yang dijunjung sebagai sistem yang memberi keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat dengan perubahan tampuk pemerintahan secara aman. 

Dalam masa yang sama, sebarang usaha mengembalikan Khilafah ditempel dengan imej ganas, jahat, kejam, ditambah dengan munculnya “Khilafah” versi Hollywood yang dimainkan oleh ISIS yang kemudiannya digelar DAESH (sebutan arab untuk Daulah Islam agar lebih synonym dengan Islam).

Umat Islam kembali membicarakan konsep Daulah Islam, maka hujung perbincangan sebenarnya tidak boleh lari dari perkataan Khilafah,

Ini kerana, perkataan Khalifah itu dituturkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w:

«كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُم الأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ»

Dulu Bani Israel dipimpin dan diurus oleh para nabi. Jika para nabi itu telah wafat, mereka digantikan oleh nabi yang baru. Sungguh setelah aku tidak ada lagi seorang nabi, tetapi akan ada para khalifah yang banyak [HR al-Bukhari dan Muslim].

Dalam hadis, baginda bersabda:

«إنَّ أَوَّلَ دِيْنِكُمْ بَدَأَ نُبُوَّةً وَرَحْمَةً ثُمَّ يَكُوْنُ خِلاَفَةً وَرَحْمَةً»

Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada Khilafah dan rahmat [HR al-Bazzar].

Dari kedua hadis di atas dapat kita fahami bahawa bentuk pemerintahan yang diwariskan baginda s.a.w hanyalah Khilafah. Imam al-Mawardi menuturkan dalam kitabnya yang terkenal, “Imamah (Khilafah) itu ditetapkan sebagai khilafah (penggganti) kenabian dalam pemeliharaan agama dan pengaturan dunia dengan agama.” (Al-Mawardi, Al-Ahkâm ash-Shulthâniyah, hlm. 5).

Kesimpulannya, Khilafah itu sebahagian dari ajaran Islam dan hakikat ini tidak mampu dibantah, melainkan oleh mereka yang cuba memesongkan intipati dari ajaran Islam itu sendiri. Pilihanraya dalam sistem demokrasi bukanlah jalan perubahan hakiki, kecuali untuk meneruskan sistem sekular kapitalis yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *