Wanita Menyarung Jeket, Tidak Menutupi Dada?

Timbul polemik di kalangan umat Islam tentang perihal kewajipan wanita menutup aurat dengan melabuhkan tudung ke dada mereka berdasarkan dalil dari Surah An Nur Ayat 3:

وَقُل لِّلمُؤمِنٰتِ يَغضُضنَ مِن أَبصٰرِهِنَّ وَيَحفَظنَ فُروجَهُنَّ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا ما ظَهَرَ مِنها ۖ وَليَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىٰ جُيوبِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…

.

Perkataan “Juyub” dalam ayat di atas sekiranya difahami secara terus bermaksud “dada” dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa arab, maknanya merujuk kepada bukaan pakaian yang dipakai oleh masyarakat arab ketika itu, iaitu bukaan bahagian leher yang mana sekiranya tidak ditutup, ia menampakkan bahagian leher (aurat bagi wanita). Adapun setelah bahagian itu ditutup, maka untuk disarung pakaian pada lapis luar, contohnya menyarung jeket dengan tudung berada di bahagian dalam jeket, ia bukan lagi termasuk dalam larangan ini.

.

Melihat kepada pakaian Fatimah Az Zahra, puteri Rasulullah s.a.w, Juyub yang dimaksudkan itu besar, sekiranya hijab tidak menutupi bahagian itu, maka aurat akan terdedah. Adapun setelah hijab menutupi juyub, dengan syarat pakaian tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan, tidak ada salahnya bagi seorang muslimah menenakan jeket atau baju sejuk di luar jilbab mereka. Tidak ada keperluan untuk menjulurkan tudung untuk menutupi jeket itu pula.

.

Imam Ibnu Kathir berbeza pandangan dengan Imam Ibnu Hazim mengenai perihal juyub itu. Ibnu Kathir menyatakan, hijab dipakai di dalam kemudian jilbab membaluti tubuh wanita sebagai pakaian luar seakan selimut, persis wanita kaum Ansar ketika disampaikan kepada mereka ayat tentang Jilbab. Imam Ibnu Hazim pula berpandangan, jilbab ialah baju yang longgar, dipakai seperti “terowong” dari atas sampai ke bawah secara terus tetapi bukan sebagai selimut.

Allahu’alam.

 

Adaptasi dari Kuliah Ustadz Felix Siauw, 28 April 2017 bertajuk Studi Pemikiran Islam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *