Bisyarh: Khabar Gembira Dari Allah

Ketika ada orang jahil yang mengolok-ngolok “idea Khilafah”, kononnya ia sebuah khayalan, dongeng, tak masuk akal, pengganas, khawarij dan pelbagai olokan lagi, mereka yang mengimani bisyarh (khabar gembira tentang masa depan) dari perkataan Rasulullah s.a.w tidak perlu berdukacita.

Sungguh, dalam realiti hidup manusia, ada beberapa perkara yang tidak mampu dimungkiri tidak kiralah dia mengaku bertuhan ataupun tidak. Hakikat seperti semua manusia akan mati, semua manusia akan menjadi tua bila sampai waktunya, semua yang kita miliki tidak akan kekal. Apa-apa yang kita tidak mampu miliki, dimiliki oleh pemilik alam ini, yang memberi khabar gembira melalui kalam pesuruhNya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

“Zaman kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang zaman khilafah aala minhaj nubuwwah (kekhilafahan sesuai manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya. Kemudian datang zaman mulkan aadhdhan (para pemerintah yang menggigit) selama beberapa masa. Selanjutnya datang zaman mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali zaman khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” [HR Ahmad; Shahih].
.
Kita sudah saksikan, penista Islam dijatuhkan di Indonesia yang menggerakkan jutaan umat Islam di Indonesia dalam penyatuan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Kita juga mendapati penghinaan dan penistaan terhadap Islam di Malaysia dijawab oleh umat Islam dengan kesedaran bahawa mereka wajib bersatu untuk membela agama mereka. Kita juga mendengar, amaran oleh Erdogan bahawa “Garis Merah” bagi umat Islam ialah pendudukan Baitul Maqdis, yang mana pendudukan Tanah Suci umat Islam itu bermaksud pengisytiharan PERANG ke atas seluruh kaum muslimin…
.
Seluruh narasi ini membawa kepada penghujung, kembalinya kesatuan umat Islam sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w hampir 1400 tahun lalu. Walau sebesar dan sekuat mana sekalipun musuh-musuh Allah seperti AS, Rusia, China dan sekutu serta ejen-ejen mereka dari kalangan penguasa Muslim yang khianat, dengan izin dan pertolongan AllahAzza Wa Jalla, koalisi mereka ini akan pasti dikalahkan oleh jaisy(tentera) Muhammad SAW,tentera Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwwah yang kedua

Allahuakbar~!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *