Mazhab Abu Jahal

Ada seorang syabab Hizbut Tahrir mengadu, keluarganya menghalang penglibatannya dengan Hizbut Tahrir kerana difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat walaupun pihak yang menuduh tidak pernah mengemukakan bukti akan tuduhan tersebut dan tidak pula memberi ruang kepada Hizbut Tahrir Malaysia untuk membela diri melalui muzakarah secara tertutup, apalagi secara terbuka. Semoga kakitangan JAIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam propaganda fitnah persis perbuatan Abu Jahal ini segera bertaubat dengan sebenar-benarnya sebelum ditimpa sesalan yang tak berpenghujung ketika diperhitung di hadapan Allah Yang Maha Mengetahui kelak.
.
Selain alasan “sesat”, alasan lain yang diberi oleh keluarga ialah “bahaya sebab kerja sebagai kakitangan kerajaan” atau kena belajar kitab-kitab hadis dan tafsir selain kitab-kitab dari HT dulu sebelum terlibat dalam gerakan Islam.
.
Ini adalah alasan PENGECUT yang tidak ada nilai sedikitpun di sisi syarak. Orang yang berpenyakit AL WAHN, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati, akan mencari-cari alasan UNTUK TIDAK TAAT walhal kewajipan dakwah, berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam adalah kewajipan yang terpikul di bahu setiap muslim yang mukallaf, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, tua atau muda~!!!!
.
Hizbut Tahrir merupakan pembela umat Islam yang sentiasa bersama umat, membawa aspirasi umat dengan aspirasi yang diambil semata-mata dari Penghulu Para Nabi, membawa umat dari kebodohan, kemunduran, kebingungan, kemiskinan, perhambaan, penindasan kepada umat yang terbaik, sesuai dengan kemuliaan Al Quran sebagai mukjizat teragung sepanjang zaman.
.
Hizbut Tahrir beraktiviti merentas pelbagai benua membawa aspirasi ummah, bukan sekadar membawa isu setempat “hak keistimewaan orang melayu yang tak ada nilainya di sisi orang Afrika”, atau isu hapuskan tol (bukannya menghapuskan sistem yang menyebabkan jalanraya bertol dibina) tetapi Hizb secara konsisten menyampaikan solusi seluruh permasalahan umat manusia dengan solusi dari Islam.
.
Setelah gagal bertembung di medan intelektual, Abu Jahal merekayasa fitnah bahawa Rasulullah s.a.w itu ahli sihir, orang gila dan pelbagai tuduhan yang tidak layak, sedangkan Abu Jahal sendiri mengetahui hakikat sebenar bahawa Muhammad s.a.w itu bukanlah seperti yang dituduh itu. Inilah mazhab Abu Jahal.
.
Mengapa berlaku demikian?
.
Ini kerana, Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w itu mencabut status quo Abu Jahal dan suku-sakatnya.

Satu hari, ketika Abu Jahal ditanya oleh rakan-rakannya sesama pemuka Quraisy Jahiliyah: “Wahai Abu Jahal, apakah benar Muhammad itu seorang pembohong?”

.
Abu Jahal membalas dengan agak emosi, “kalian ni kenapa? Tidak pernah Muhammad itu berbohong sedikitpun. Rakan Abu Jahal kehairanan lalu bertanya; “jadi, kenapa kamu memusuhinya?” Abu Jahal menjawab, “ Semenjak dulu kita bersaing berebut pengaruh dengan Bani Hasyim (suku Rasulullah). Mereka memberi makan fakir miskin, kita lakukan hal yang sama. Mereka membantu orang yang susah, kita juga ikut membantu. Mereka menyebar kebaikan, kita juga menebar kebaikan. Sekarang Allah menurunkan wahyu dari langit kepada mereka, apalagi bahagian untuk kita Bani Makhzum (suku Abu Jahal)?”

.
Tanpa dapat mengingkari keutamaan, kelebihan dan kebaikan budi pekerti, serta kebenaran dakwah Rasulullah, akhirnya Abu Jahal terpaksa buka isu sebenar iaitu kepentingan peribadi sebagai asas . Sebenarnya tidak ada masalah dengan Rasulullah, dan dia akui hal itu. Masalahnya ada pada dirinya sendiri, yaitu kedengkian dan kebencian yang sudah sampai keubun-ubun yang membuat hidayah terhalang masuk ke dalam hatinya.

Allah menjelaskan tentang apa yang terbuku di dalam hati Abu Jahal itu:
“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, kerana mereka sebenarnya bukan mendustakanmu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”. (Al An’am: 33)