Kritik Ke Atas Big Bang Theory

Antara perbincangan yang menjadi asas kepercayaan tentang kewujudan alam ini dari sudut sains ialah berlakunya satu letupan besar disebut Big Bang yang mengembangkan alam ini menjadi planet-planet, bintang, termasuk segala macam kehidupan yang wujud di bumi, mahupun di planet lain (sekiranya ada).
.
Dari letupan ini, bulan-bulan mengorbit planet, planet-planet mengorbit sistem solar, sistem solar mengorbit galaxy dan galaxy juga dikatakan sentiasa bergerak dalam laluan tertentu dalam jangka masa tertentu.
.
Dalam alam micro, atom terdiri dari proton, neutron dan elektron juga dari konsep pengorbitan yang sama, yang memiliki jarak tertentu untuk terus stabil dan berubah kedudukannya dengan tindak balas kimia menghasilkan komponen lain. Contoh, air (H2O) boleh terpecah menjadi gas Oxygen dan gas Hydrogen yang tidak lagi sama dengan sifat asal air.
.
Seluruh kesempurnaan ini mustahil berlaku secara spontan tanpa adanya Pencipta. Konsep yang menafikan penciptaan menafikan seluruh alam dan hidupan muncul “secara tiba-tiba” dari proses penciptaan, lalu menyandarkan kepada letupan spontan (Big Bang) membentuk seluruh alam dari satu letupan spontan.
.
Ia seakan menyatakan, dari satu timbunan sampah, setelah mengalami “letupan spontan”, ia menjadi sebuah Motosikal Ducati Diavel siap dengan segala accessory tanpa perlu adanya pihak yang memasangnya sehingga terbentuk sebuah jentera berkapasiti enjin 1198.4 cc itu. Apakah akal logik boleh menerima logika ini?
.
Dengan memperkenalkan teori evolusi, para sarjana Barat yang mengadopsi ideology sekular (pemisahan agama dari kehidupan) menafikan alam ini muncul secara tiba-tiba melalui proses penciptaan, bukannya proses spontan microb bertukar menjadi ikan, ikan menjadi haiwan darat, dan seterusnya hingga muncul manusia. Tuhan tidak ada kedudukannya dalam rantaian yang dianggap semulajadi ini.
.
Bagi umat Islam, tidak ada sebarang keraguan, ALAM INI DICIPTA. Dengan segala kehebatan yang sangat menakjubkan, tidak ada kemungkinan seekor sperma yang dihasilkan dalam badan lelaki, mengetahui secara pasti tugasnya untuk disenyawakan dengan ovum yang dihasilkan dalam badan wanita, kecuali “informasi” itu diatur oleh “pengatur” yang Maha Bijaksana.
.
Seluruh kemungkinan yang berlaku secara kebetulan ini tidak mungkin diterima secara logik akal melainkan dengan konsep adanya Sang Maha Pencipta.
.
Pencipta ini tidak ada sebarang sekutu baginya, dan tentu sekali Dia lah yang paling berkuasa.
.
Tuduhan mempercayai konsep penciptaan tidak cocok dengan sains adalah tak wajar memandangkan sains juga menghasilkan ciptaan. Sains tidak menerima sesuatu berlaku tanpa sebab musabab, maka dalam hal penciptaan ini, alam ini wujud kerana wujudnya Sang Pencipta.

-Adaptasi dari buku, Beyond The Inspiration, Felix Siauw-

Ada Apa Dengan Supremacy?

Selepas kelas bahasa arab semalam, mua’lim (guru) bahasa arab kami yang berasal dari Syria menadah tangan dan berdoa ketika selepas kami solat berjemaah memohon agar umat Islam di New Zealand diberi perlindungan oleh Allah… Di kala saudara mara dan rakan taulannya sendiri di Syria diperlakukan kejam saban hari, beliau masih menuangkan simpati terhadap nasib umat Islam yang tinggal ribuan kilometer dari tanah air sendiri, yang tidak pernah ditemui apatah lagi dikenali.

Ikatan sesama muslim dibina dari kesatuan aqidah semata-mata, bukan disebabkan persamaan bangsa, bukan disebabkan persamaan puak dan sebagainya.

Ruh persaudaraan inilah yang memunculkan ribuan kesatria dari kalangan umat Islam, sehingga musuh yang berkekuatan jauh lebih besar tidak sanggup menghadapi kaum muslimin.

Mengimbas catatan sejarah ketika Perang Tabuk, yang berlaku selepas Perang Mu’tah, di mana 3000 tentera dari pasukan kaum muslimin berhadapan dengan 100 000 tentera Rom dan disokong oleh 100 000 tentera gabungan arab sehingga kaum muslimin terpukul sehingga mundur. Pasukan musuh gagal memusnahkan pasukan kaum muslimin.

Sebagai respond terhadap Perang Mu’tah, Rasulullah s.a.w sendiri memimpin pasukan perang berkekuatan 30 000 tentera menyebabka barisan musuh tunggang langgang melarikan diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan kaum muslimin.

Mereka berandaian, menentang pasukan berkekuatan 3000 tentera pun sangat sukar, apalagi ketika pasukan itu digandakan dengan 10 kali kekuatan, dipimpin pula oleh seorang Nabi. 200 000 tentera gabungan Rom dan arab tidak sanggup menentang pasukan Rasulullah s.a.w.

Momen persatuan kaum muslimin sedang berlaku. Kemuncaknya akan kita saksikan kelak ketika orang melayu, orang arab, orang afrika tidak lagi mengira diri mereka selain dari bahagian dari kaum muslimin yang satu. Pada ketika itu, seorang Khalifah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah Rasul Nya akan memimpin kesatuan itu.

Lupakan slogan “supremacy” yang tidak sesekali menyatukan umat manusia. Islam lah sebaik-baik asas sebuah penyatuan.

Koalisi Atas Dasar Apa?

Keputusan MCA dan MIC untuk meninggalkan gabungan politik mereka bersama Barisan Nasional selepas lebih 60 tahun bersama-sama memerintah bukanlah perkara yang mengejutkan.
.
Koalisi yang diasaskan dari manfaat segera hancur setelah tidak ada lagi manfaat diraih dari koalisi yang dibentuk.
.
Perkara sama berlaku dalam rumahtangga yang dibina bukan dari asas taqwa. Kita boleh lihat artis-artis yang cantik rupawan, kaya raya dengan majlis resepsi yang mahal, bercerai berai dalam masa singkat. Ikatan berdasarkan manfaat lahir dari ghorizoh baqa’ iaitu naluri mempertahankan diri, merupakan ghorizoh yang paling lemah berbanding ghorizoh lainnya.
.
Cinta pula muncul dari ghorizoh naw iaitu naluri melestarikan keturunan, berkasih sayang,belas kasihan, adalah naluri yang lebih kuat berbanding ghorizoh baqa’. Maka, seseorang yang tidak beriman juga boleh berkorban demi seorang yang lain demi cinta. Mereka mengenepikan ghorizoh baqa’ kerana dorongan ghorizoh naw. Contoh; perkahwinan yang dibangun bukan dari asas taqwa, tetapi cinta yang teguh (dari ghorizoh naw) boleh bertahan hingga akhir hayat.
.
Ikatan yang paling agung ialah apabila ia dibangun dari asas taqwa. Manifestasi ghorizoh tadayyun (naluri menyembah) merupakan naluri yang terkuat antara ketiga-tiga jenis naluri. Rumahtangga yang dibina dari asas ini menghubungkan cinta antara suami dan isteri, seorang saudara dengan saudaranya yang lain, sebuah kelompok dengan kelompok yang lain dengan ikatan yang paling teguh.
.
Dalam satu hadis dari Abu Musa radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا “.‏‏”
وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏.‏
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”. 
.
Baginda s.a.w menunjukkan isyarat dengan menyusupkan antara jari-jari baginda. [HR al-Bukhari]
.
Berkomentar terhadap koalisi UMNO-PAS yang berlaku sejak kebelakangan ini, saya tidak melihat ia dibangun dari ghorizoh tadayyun tetapi lebih kepada ghorizoh baqa’. Ini kerana, sekiranya UMNO benar-benar tegar membela Islam, ia dilakukan ketika mereka memiliki kekuasaan, dan mereka diberi peluang lebih 60 tahun untuk berbuat demikian. Asas penyatuan UMNO-PAS ketika ini lebih kepada agenda “mempertahankan Melayu”, dan ditempel bersamanya “mempertahankan Islam” walhal ketika berkuasa, kerajaan yang dipimpin UMNO lah yang membuang uqubat Islam seperti hudud dan qisos dari perundangan. Dengan kekuasaan di tangan mereka, kilang-kilang arak, pusat judi, dan segala macam maksiat subur. Tentu susah sekali untuk menerima, perjuangan mereka selepas beberapa bulan terbuang dari kekuasaan tiba-tiba menjadi sebuah perjuangan suci semata-mata kerana Islam? Kerana Allah dan Rasul? No way~ 
.
Di sisi lain, PAS sebagai “king maker” sedia maklum mereka tidak mampu berkuasa secara bersendirian dalam medan perjuangan demokrasi. Maka, PAS memilih untuk membentuk koalisi politik untuk mencapai kekuasaan. Ini adalah “manfaat” yang ingin diraih. Seperti koilasi yang terdahulu dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang dibangun atas dasar manfaat, koalisi kali ini juga tidaklah jauh bezanya, hanya sekutunya saja yang berbeza.
.
Saya percaya, umat Islam rindukan momen penyatuan hakiki dan ketika ini, umat sedang dipersiapkan kepadanya. Ia berlaku dengan ketara di negeri seberang, dan tidak ada apa yang mampu menghalang ruh penyatuan yang sama juga menggerakkan umat Islam di wilayah ini. 
.
وَنُرِيْدُ اَنْ نَّمُنَّ عَلَى الَّذِيْنَ اسْتُضْعِفُوْا فِى الْاَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ اَىِٕمَّةً وَّنَجْعَلَهُمُ الْوٰرِثِيْنَ

“Dan Kami hendak memberi kurnia (dengan memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)” [TMQ al-Qasas (28):5].

Allahuakbar~!!!

Polemik Panggilan Kafir atau Non-Muslim

Dalam memilih penggunaan perkataan, kajian ilmiah dalam jurnal-jurnal komunikasi seperti kajian oleh Duncan, S., Jr. (1969), Adam. K (1972) dan beberapa jurnal ilmiah yang diterbitkan dalam American Psychological Association merumuskan, pengaruh perkataan terhadap emosi seseorang itu lebih kecil berbanding body language, motion atau intonation yang dipilih ketika seseorang itu berkomunikasi.
.
Sebagai contoh, perkataan lembut seperti “sayang” jika disebut dengan nada yang berbeza, mimik wajah yang berbeza juga memberi kesan psychology yang berbeza kepada penerima maklumat.
.
Perkataan “Kafir” adalah istilah yang Allah Azzawajalla guna di dalam Al Quran merujuk kepada orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul. Ia menjadi satu celaan pada satu ketika, menjadi kata nama dalam ayat yang lain.
.
Menggunakan perkataan ini untuk mencela adalah wajar dalam kondisi tertentu, tetapi bukan setiap waktu ia merupakan celaan. Kafir dhimmi, yang dijamin kehormatan, harta dan nyawa mereka oleh Islam bukanlah celaan, tetapi pengiktirafan dari Islam terhadap golongan kafir yang wajib dihormati, serta mendapatkan hak yang sama dari Daulah Islam. 
.
“Barang Siapa Menyakiti Kafir Dzimmi, Maka Aku (Rasulullah) Akan Menjadi Lawannya di Hari Kiamat” [HR. Muslim].
.
“Barang Siapa Membunuh Seorang Kafir Dzimmi, maka dia tidak akan mencium bau surga. Padahal sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan empat puluh tahun” [HR. An Nasa’i. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih].
.
“Rasulullah saw. mengecam keras pembunuhan terhadap kaum wanita dan anak-anak” (HR. Bukhari [3014] dan Muslim [1744]).
.
Islam melarang umatnya menyakiti sesiapa tanpa hak. Dalam kes ini, memanggil non-muslim dengan panggilan kafir tidak sesuai sekiranya ia dalam konteks menyakiti mereka. Walaubagaimanapun, penggunaan perkataan kafir dalam merujuk kepada non-muslim juga bukanlah sesuatu yang sentiasa jelek dan menghina dalam konteks merujuk kepada non-muslim.
.
Saya kira, orang Melayu juga tidak selesa sekiranya dipanggil “hey Melayu~!”, begitu juga jika seseorang memanggil non-muslim dengan panggilan “hey kafir”. Gunakan perkataan yang tidak menyakiti, itu lebih baik buat kita.