Koalisi Atas Dasar Apa?

Keputusan MCA dan MIC untuk meninggalkan gabungan politik mereka bersama Barisan Nasional selepas lebih 60 tahun bersama-sama memerintah bukanlah perkara yang mengejutkan.
.
Koalisi yang diasaskan dari manfaat segera hancur setelah tidak ada lagi manfaat diraih dari koalisi yang dibentuk.
.
Perkara sama berlaku dalam rumahtangga yang dibina bukan dari asas taqwa. Kita boleh lihat artis-artis yang cantik rupawan, kaya raya dengan majlis resepsi yang mahal, bercerai berai dalam masa singkat. Ikatan berdasarkan manfaat lahir dari ghorizoh baqa’ iaitu naluri mempertahankan diri, merupakan ghorizoh yang paling lemah berbanding ghorizoh lainnya.
.
Cinta pula muncul dari ghorizoh naw iaitu naluri melestarikan keturunan, berkasih sayang,belas kasihan, adalah naluri yang lebih kuat berbanding ghorizoh baqa’. Maka, seseorang yang tidak beriman juga boleh berkorban demi seorang yang lain demi cinta. Mereka mengenepikan ghorizoh baqa’ kerana dorongan ghorizoh naw. Contoh; perkahwinan yang dibangun bukan dari asas taqwa, tetapi cinta yang teguh (dari ghorizoh naw) boleh bertahan hingga akhir hayat.
.
Ikatan yang paling agung ialah apabila ia dibangun dari asas taqwa. Manifestasi ghorizoh tadayyun (naluri menyembah) merupakan naluri yang terkuat antara ketiga-tiga jenis naluri. Rumahtangga yang dibina dari asas ini menghubungkan cinta antara suami dan isteri, seorang saudara dengan saudaranya yang lain, sebuah kelompok dengan kelompok yang lain dengan ikatan yang paling teguh.
.
Dalam satu hadis dari Abu Musa radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا “.‏‏”
وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏.‏
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”. 
.
Baginda s.a.w menunjukkan isyarat dengan menyusupkan antara jari-jari baginda. [HR al-Bukhari]
.
Berkomentar terhadap koalisi UMNO-PAS yang berlaku sejak kebelakangan ini, saya tidak melihat ia dibangun dari ghorizoh tadayyun tetapi lebih kepada ghorizoh baqa’. Ini kerana, sekiranya UMNO benar-benar tegar membela Islam, ia dilakukan ketika mereka memiliki kekuasaan, dan mereka diberi peluang lebih 60 tahun untuk berbuat demikian. Asas penyatuan UMNO-PAS ketika ini lebih kepada agenda “mempertahankan Melayu”, dan ditempel bersamanya “mempertahankan Islam” walhal ketika berkuasa, kerajaan yang dipimpin UMNO lah yang membuang uqubat Islam seperti hudud dan qisos dari perundangan. Dengan kekuasaan di tangan mereka, kilang-kilang arak, pusat judi, dan segala macam maksiat subur. Tentu susah sekali untuk menerima, perjuangan mereka selepas beberapa bulan terbuang dari kekuasaan tiba-tiba menjadi sebuah perjuangan suci semata-mata kerana Islam? Kerana Allah dan Rasul? No way~ 
.
Di sisi lain, PAS sebagai “king maker” sedia maklum mereka tidak mampu berkuasa secara bersendirian dalam medan perjuangan demokrasi. Maka, PAS memilih untuk membentuk koalisi politik untuk mencapai kekuasaan. Ini adalah “manfaat” yang ingin diraih. Seperti koilasi yang terdahulu dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang dibangun atas dasar manfaat, koalisi kali ini juga tidaklah jauh bezanya, hanya sekutunya saja yang berbeza.
.
Saya percaya, umat Islam rindukan momen penyatuan hakiki dan ketika ini, umat sedang dipersiapkan kepadanya. Ia berlaku dengan ketara di negeri seberang, dan tidak ada apa yang mampu menghalang ruh penyatuan yang sama juga menggerakkan umat Islam di wilayah ini. 
.
وَنُرِيْدُ اَنْ نَّمُنَّ عَلَى الَّذِيْنَ اسْتُضْعِفُوْا فِى الْاَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ اَىِٕمَّةً وَّنَجْعَلَهُمُ الْوٰرِثِيْنَ

“Dan Kami hendak memberi kurnia (dengan memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)” [TMQ al-Qasas (28):5].

Allahuakbar~!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *