Ada Apa Dengan Supremacy?

Selepas kelas bahasa arab semalam, mua’lim (guru) bahasa arab kami yang berasal dari Syria menadah tangan dan berdoa ketika selepas kami solat berjemaah memohon agar umat Islam di New Zealand diberi perlindungan oleh Allah… Di kala saudara mara dan rakan taulannya sendiri di Syria diperlakukan kejam saban hari, beliau masih menuangkan simpati terhadap nasib umat Islam yang tinggal ribuan kilometer dari tanah air sendiri, yang tidak pernah ditemui apatah lagi dikenali.

Ikatan sesama muslim dibina dari kesatuan aqidah semata-mata, bukan disebabkan persamaan bangsa, bukan disebabkan persamaan puak dan sebagainya.

Ruh persaudaraan inilah yang memunculkan ribuan kesatria dari kalangan umat Islam, sehingga musuh yang berkekuatan jauh lebih besar tidak sanggup menghadapi kaum muslimin.

Mengimbas catatan sejarah ketika Perang Tabuk, yang berlaku selepas Perang Mu’tah, di mana 3000 tentera dari pasukan kaum muslimin berhadapan dengan 100 000 tentera Rom dan disokong oleh 100 000 tentera gabungan arab sehingga kaum muslimin terpukul sehingga mundur. Pasukan musuh gagal memusnahkan pasukan kaum muslimin.

Sebagai respond terhadap Perang Mu’tah, Rasulullah s.a.w sendiri memimpin pasukan perang berkekuatan 30 000 tentera menyebabka barisan musuh tunggang langgang melarikan diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan kaum muslimin.

Mereka berandaian, menentang pasukan berkekuatan 3000 tentera pun sangat sukar, apalagi ketika pasukan itu digandakan dengan 10 kali kekuatan, dipimpin pula oleh seorang Nabi. 200 000 tentera gabungan Rom dan arab tidak sanggup menentang pasukan Rasulullah s.a.w.

Momen persatuan kaum muslimin sedang berlaku. Kemuncaknya akan kita saksikan kelak ketika orang melayu, orang arab, orang afrika tidak lagi mengira diri mereka selain dari bahagian dari kaum muslimin yang satu. Pada ketika itu, seorang Khalifah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah Rasul Nya akan memimpin kesatuan itu.

Lupakan slogan “supremacy” yang tidak sesekali menyatukan umat manusia. Islam lah sebaik-baik asas sebuah penyatuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *