Kritik Ke Atas Big Bang Theory

Antara perbincangan yang menjadi asas kepercayaan tentang kewujudan alam ini dari sudut sains ialah berlakunya satu letupan besar disebut Big Bang yang mengembangkan alam ini menjadi planet-planet, bintang, termasuk segala macam kehidupan yang wujud di bumi, mahupun di planet lain (sekiranya ada).
.
Dari letupan ini, bulan-bulan mengorbit planet, planet-planet mengorbit sistem solar, sistem solar mengorbit galaxy dan galaxy juga dikatakan sentiasa bergerak dalam laluan tertentu dalam jangka masa tertentu.
.
Dalam alam micro, atom terdiri dari proton, neutron dan elektron juga dari konsep pengorbitan yang sama, yang memiliki jarak tertentu untuk terus stabil dan berubah kedudukannya dengan tindak balas kimia menghasilkan komponen lain. Contoh, air (H2O) boleh terpecah menjadi gas Oxygen dan gas Hydrogen yang tidak lagi sama dengan sifat asal air.
.
Seluruh kesempurnaan ini mustahil berlaku secara spontan tanpa adanya Pencipta. Konsep yang menafikan penciptaan menafikan seluruh alam dan hidupan muncul “secara tiba-tiba” dari proses penciptaan, lalu menyandarkan kepada letupan spontan (Big Bang) membentuk seluruh alam dari satu letupan spontan.
.
Ia seakan menyatakan, dari satu timbunan sampah, setelah mengalami “letupan spontan”, ia menjadi sebuah Motosikal Ducati Diavel siap dengan segala accessory tanpa perlu adanya pihak yang memasangnya sehingga terbentuk sebuah jentera berkapasiti enjin 1198.4 cc itu. Apakah akal logik boleh menerima logika ini?
.
Dengan memperkenalkan teori evolusi, para sarjana Barat yang mengadopsi ideology sekular (pemisahan agama dari kehidupan) menafikan alam ini muncul secara tiba-tiba melalui proses penciptaan, bukannya proses spontan microb bertukar menjadi ikan, ikan menjadi haiwan darat, dan seterusnya hingga muncul manusia. Tuhan tidak ada kedudukannya dalam rantaian yang dianggap semulajadi ini.
.
Bagi umat Islam, tidak ada sebarang keraguan, ALAM INI DICIPTA. Dengan segala kehebatan yang sangat menakjubkan, tidak ada kemungkinan seekor sperma yang dihasilkan dalam badan lelaki, mengetahui secara pasti tugasnya untuk disenyawakan dengan ovum yang dihasilkan dalam badan wanita, kecuali “informasi” itu diatur oleh “pengatur” yang Maha Bijaksana.
.
Seluruh kemungkinan yang berlaku secara kebetulan ini tidak mungkin diterima secara logik akal melainkan dengan konsep adanya Sang Maha Pencipta.
.
Pencipta ini tidak ada sebarang sekutu baginya, dan tentu sekali Dia lah yang paling berkuasa.
.
Tuduhan mempercayai konsep penciptaan tidak cocok dengan sains adalah tak wajar memandangkan sains juga menghasilkan ciptaan. Sains tidak menerima sesuatu berlaku tanpa sebab musabab, maka dalam hal penciptaan ini, alam ini wujud kerana wujudnya Sang Pencipta.

-Adaptasi dari buku, Beyond The Inspiration, Felix Siauw-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *