Tentang Kekayaan

Ramai orang yang beranggapan, nak jadi kaya (atau sekurang-kurangnya tidak miskin) ialah dengan 3 cara:

  1. Berniaga
  2. Bergaji besar
  3. Melabur

Jawapan yang sebenar menurut Tuan Azizi Ali Mentor Wang ialah, meliputi kesemuanya tetapi dengan syarat, perlu ada ilmu dan sikap yang betul tentang DUIT.

Perniagaan yang berjaya juga boleh runtuh meninggalkan hutang yang tak habis dibayar seumur hidup. Gaji besar juga bukanlah jaminan akan hidup kaya sekiranya pengurusan kewangan teruk. Melabur untuk jadi kaya? Ia sama sekali salah~!!! Sepatutnya melabur untuk mengembangkan kekayaan, bukannya membina kekayaan.

Tahap paling asas untuk berjaya dari segi kewangan (tidak semestinya kaya, tetapi boleh mencukupkan keperluan tanpa perlu berkerja keras) wajib dimulai dengan membina simpanan. Sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan, kemudian dilanjut sehingga setahun pendapatan, dan memiliki keupayaan mempertahankan harta yang dimiliki.

Selfish? Tak bertawakal???

Sebenarnya konsep tawakal itu bermula seawal ketika kita mulakan langkah pertama membina kekayaan, iaitu MENABUNG!!!!

Allah jua yang memberi segala rezeki, tetapi urusan kita ialah berusaha dengan ilmu dan sikap yang betul. Dengan memiliki kekayaan, kita boleh lebih berbakti kepada orang lain, bukan sebaliknya hidup menumpang kekayaan orang lain.

Sekiranya anda sudah terbukti sentiasa gagal mengadakan simpanan sama ada ketika dapat bonus, atau pada keadaan biasa, cubalah pula kaedah menyimpan aset dalam bentuk emas. Insyallah saya boleh bantu dengan serba sedikit ilmu yang saya pelajari dari mereka yang pakar dalam pelbagai instrument kewangan.

Sabri Yaacob (PG00085230)-

Authorized Dealer Public Gold,
G100 Bimbingan Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Inner Circle Member of Azizi Ali,
Alumni Sarjana Hartanah Tuan Faizul Ridzuan

Dalil Khilafah Itu Sistem Islam

Terlalu banyak dalil yang menunjukkan bahawa system Islam hanyalah Khilafah. Tidak pernah ada khilaf di kalangan para sahabat, golongan salafusoleh, tabiin, dan tabi’ tabiin serta para ulama mujtahideen bahawa hanya Khilafah satu-satunya system politik Islam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59]

Ulil Amri merujuk kepada pemimpin tunggal untuk seluruh umat Islam. Disertai dengan perintah:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ اْلأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ اْلأَوَّلِ فَاْلأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ

“Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan.” [HR Muslim]

Rasulullah s.a.w menyebut “la naibyya ba’dy, wasatakuunu Khulafa ufataktsuru”  (     خُلَفَاءُ     ) iaitu jamak bagi perkataan Khalifah, yang baginda s.a.w sebut sebagai banyak jumlahnya.

Ini dalil bahawa sistem yang membawa dan menerapkan Islam hanya Khalifah.

Idea Khilafah

Ketika ada manusia gelakkan dan memperolok idea mengembalikan Khilafah sebagai kuasa besar dunia, idea ini sudahpun mula menjadi perbualan manusia di pelbagai benua bahkan Pentagon dan Kremlin sudah lama memperkirakan rencana menghalang kebangkitan Khilafah.

Lama sebelum munculnya ISIS (yang dinamakan dengan akronim Bahasa Inggeris, kemudiannya propaganda kena recalibrate dengan perkataan DAESH supaya lebih berbunyi arab dan Islam), Presiden Amerika G.W Bush menyebut perkataan Khilafah sebagai ancaman extremist global ketika memicu perang memerangi pengganas (Memerangi Islam).

Hizbut Tahrir berdiri di antara ummah dengan musuh-musuh yang memiliki segala kelebihan berbanding umat Islam. Tanpa sebutir peluru mahupun keris tumpul, Hizbut Tahrir mengalahkan musuh di medan intelektual dengan hujah dan idea, sehingga musuh kemudiannya terpaksa menggunakan fitnah, undang-undang rekaan mereka serta ancaman bagi menyekat Hizb.

Di Malaysia, HTM difitnah melalui pihak berkuasa agama sebagai sesat…

Di Indonesia, HTI diharamkan sebagai organisasi masyarakat…

Di kebanyakan negara arab, Hizb bukan saja diharamkan, bahkan para syabab dipenjara, bahkan tidak sedikit yang syahid di dalam penjara…

Di negara Barat pula, aktiviti Hizb yang tidak pernah menggunakan kekerasan menyebabkan Hizb tidak mampu disabitkan dengan apa-apa jenayah walaupun berulangkali cuba diharamkan…

Di sebalik semua itu, Hizbut Tahrir tetap merupakan sebahagian dari ummah, yang berusaha untuk kepentingan ummah, dan tidak sekali-kali mengkhianati Allah dan Rasul sepanjang minhaj perjuangannya. Tidak memberi kesan buat Hizb, celaan orang-orang jahil atau membenci.

Pelbagai Kaedah Menegakkan Daulah Islam

1. Demokrasi: Kaedah paling popular, tanpa pertumpahan darah, diasaskan dari pemikiran sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, meletakkan hukum berdasarkan kehendak majoriti.

2. Pembaikan Individu: Kaedah ini paling popular di kalangan umat Islam yang menganggap masyarakat terdiri dari individu-individu. Melalui pembaikan individu, maka syariat Islam akan tegak secara alami (natural). Sayangnya, keadaan “ideal” semua orang jadi baik dalam sistem hidup yang “melembagakan” kemungkaran seperti judi, riba’, murtad tidak lebih dari sekadar khayalan.

3. KUDETA: Kaedah paling pantas mencapai kekuasaan. Dengan dokongan tentera, kerajaan yang disokong rakyat boleh ditumbangkan. Kaedah ini juga biasanya memicu pertumpahan darah yang tidak mudah dihentikan.

4. Kuasa rakyat: Selain demokrasi, kaedah menumbangkan kerajaan yang memerintah melalui suara rakyat seperti yang berlaku ketika Arab Spring di Tunisia, Libya, Mesir atau kejatuhan Suharto di Indonesia juga antara kaedah pentas menukar regim. Namun, kerjasama rakyat dari pelbagai kelompok yang mengimpikan bentuk negara yang berbeza-beza tentu sekali tidak akan membawa kepada tegaknya Daulah Islam. Kelompok liberal bersama kelompok Islam, ianya umpama air dan minyak. Percampuran keduanya menghasilkan emulsion, yang sifatnya berbeza dari air dan minyak. Kompromi, itu kata kuncinya.

5. Minhaj Nubuwah: Kaedah Rasulullah s.a.w meraih dokongan ummah, disokong oleh ahlul kuwwah (angkatan bersenjata) untuk menegakkan sebuah daulah. Perjuangan baginda s.a.w merangkumi beberapa marhalah perjuangan, tanpa kekerasan atau tindakan fizik, sehingga tegaknya Daulah Islam pertama di dunia ini di Madinah. Ahlul kuwwah terdiri dari Bani Aus dan Khazraj mendokong baginda dan siap melindungi baginda dan daulah dari ancaman musuh.

Yang mana satu pilihan anda? Apakah ada suri teladan yang lebih baik dari apa yang ditunjukkan penghulu segala Nabi, Muhammad s.a.w?