Dalil Khilafah Itu Sistem Islam

Terlalu banyak dalil yang menunjukkan bahawa system Islam hanyalah Khilafah. Tidak pernah ada khilaf di kalangan para sahabat, golongan salafusoleh, tabiin, dan tabi’ tabiin serta para ulama mujtahideen bahawa hanya Khilafah satu-satunya system politik Islam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59]

Ulil Amri merujuk kepada pemimpin tunggal untuk seluruh umat Islam. Disertai dengan perintah:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ اْلأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ اْلأَوَّلِ فَاْلأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ

“Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan.” [HR Muslim]

Rasulullah s.a.w menyebut “la naibyya ba’dy, wasatakuunu Khulafa ufataktsuru”  (     خُلَفَاءُ     ) iaitu jamak bagi perkataan Khalifah, yang baginda s.a.w sebut sebagai banyak jumlahnya.

Ini dalil bahawa sistem yang membawa dan menerapkan Islam hanya Khalifah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *