Pencemaran Alam

Ekoran isu pencemaran Arsenic di Sungai Rui April lalu, ingin saya berkongsi pandangan dalam isu ini. Untuk info, cyanide group ni adalah sejenis kumpulan bahan kimia dalam kategori sangat toksik. Sebagai perbandingan, antara bahan aktif utama dalam kebanyakan jenis racun tikus ialah cyanide, iaitu salah satu species dalam kumpulan Arsenic.

.

Dalam kebanyakan kes, cyanide ini muncul dari sisa berjadual (scheduled waste) dari industry thermoplastic atau tayar. Dalam indusrti thermoplastic contohnya, untuk menghasilkan Polyacrylonitrile (PAN):  (C3H3N)n, salah satu sisa (disebut by product) ialah hydrogen cyanide!!!

.

Ketika era Perang Dunia Kedua dahulu, pengintip Amerika, Russia dan Germany dibekalkan dengan sejenis pil dinamakan L-pill. Sekiranya mereka ditangkap musuh, mereka membunuh diri menggunakan pil ini bagi mengelakkan diseksa pihak musuh dan mendedahkan maklumat sulit pasukan mereka kepada pihak musuh. Pil ini ialah Cyanide pill.

.

Contoh lain yang kita dapati dari sejarah, Gas Chamber di, Austria.  Gas pembunuh yang digunakan dikenali sebagai Zyklon B,  adalah sejenis Hydrogen Cyanide, bertindak sebagai agen lecur dan sekali gus bertindak sebagai agen saraf yang membawa maut dengan penuh kejam.

.

Satu nama yang dikenali ketika era Perang Bosnia, Slobodan Proljak, yang merupakan salah seorang komander perang di bawah pimpinan Radco Mladic membunuh diri ketika dibicara di War Crime Tribunal kerana jenayah kejamyang dilakukannya ketika Perang Bosnia. Syaitan tua ini meminum sejenis cecair ketika perbicaraan sedang berlangsung, (29 November 2017) lalu mati. Racun yang digunakan dikatakan dari jenis cyanide.

.

Ringkasnya, pencemaran arsenic ini merupakan isu yang sangat serius dan wajib ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.  

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:

…الإِمَامُ رَاعٍ وَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Imam itu adalah laksana penggembala, dan dia akan dimintai pertanggungjawaban akan rakyatnya (yang digembalakannya)” (HR. Imam Al Bukhari  dan Imam Ahmad dari sahabat Abdullah bin Umar r.a.).

Kekalutan Yang Sudah Meragut Korban


Dalam insiden rusuhan seperti yang berlaku di perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman tahun lalu, yang membawa kepada kematian seorang anggota bomba, sangat sukar untuk percaya selepas jentera bomba dibantai, kenderaan dibakar, arwah Adib yang dikatakan “terjatuh” dari kenderaan bomba, lalu cedera akibat dirempuh jentera bomba, lalu dengan penuh belas kasihan dan rasa bertanggungjawab, perusuh yang sedang mengamuk menghantarnya ke hospital. Kondisi yang dikatakan rusuhan adalah situasi di mana sekumpulan manusia mengamuk, tentunya dalam kondisi sebegitu, sedikit sekali pertimbangan waras kalaupun masih ada. 
.
Kalaupun benar Adib terjatuh gara-gara kekalutan yang berlaku, perusuh tetap bertanggungjawab kerana mengancam keselamatan anggota bomba (sila lihat kenderaan bomba yang dihentam dengan pelbagai objek), lalu menyebabkan pasukan bomba terpaksa berundur secara tergesa-gesa yang kemudiannya menyebabkan arwah terjatuh (teori team pembela). 
.
Justifikasi hukum fizik mengenai daya yang menghentam batang tubuh Adib hingga menjadi punca kematiannya tidaklah menafikan hakikat, ada nyawa sudah terkorban, sama ada secara langsung akibat dibelasah, mahupun kerana tindakan ganas perusuh. 
.
Tidak ada keadilan kecuali dengan keadilan dari panduan wahyu. Sistem perundangan yang meletakkan hak pendakwaan bukan di tangan mangsa/waris serta menafikan hak memberi kemaafan ahli waris bukan bahagian dari ajaran Islam. 
.
“Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33].
.
Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khuza’iy, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
.
“Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh meng-qisas atau mengambil diyat atau memaafkan. Jika ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya”.
.
Kes yang berlaku di sini hanya salah satu di antara jenis pembunuhan berikut:

(i) pembunuhan sengaja (qatlu al-amad) 
(ii) mirip sengaja (shibhul amad) 
(iii) tersalah (khata’) 
(iv) tidak sengaja (ma ujri mujarral khata’).

Islam merincikan hukuman terhadap kesemua jenis pembunuhan ini termasuk jenis hukuman dan hak menenerima diyat serta beban membayar diyat. Malangnya, semua hukum Islam ini tidak dilaksanakan di negara ini.

Sabri Yaacob-

Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia

Rujukan: Abdul Rahman al-Maliki (1990) , Nizamul Uqubat

Memperbaharui Syahadah

Ketika melafazkan syahadah, umat Islam menyebut kesaksian “Tiada Tuhan Selain Allah”, namun secara makna,perkataan Tiada Tuhan itu kurang tepat, sebaliknya harus dimaksudkan Tiada Sembahan melainkan Allah. Perkataan Tuhan dalam bahasa arab “Rob”, sedangkan Illah itu membawa maksud sembahan.

Hujahnya, bapa kepada Rasulullah s.a.w bernama Abdullah, yang bermaksud “Hamba Allah”. Sekiranya ditanya kepada mushrikin Quraishy, siapa tuhan kamu? Tentu mereka akan menjawab, “Allah”.

Yang membezakan antara keislaman dan kekufuran antara kaum muslimin dan mushrikin Quraishy ialah, sembahan mereka. Golongan mushirikin mempersekutukan Allah dengan pelbagai sembahan lain, untuk ditaati, untuk diagungkan, sedangkan mereka mengakui Allah sebagai Tuhan.

Hari ini, sebahagian umat Islam yang mengaku bertuhankan Allah, turut sama berpuasa, bersolat, dan melakukan segala ritual dalam beragama sebagai sebahagian dari ibadah (hubungan manusia dengan Allah), tetapi apabila ianya melibatkan urusan hidup seperti mua’malat dan uqubat (hubungan sesama manusia), mereka langsung tidak memerhatikan sama ada ia bertepatan dengan perintah dan larangan Allah ataupun tidak. Sekiranya mereka tahu akan hukumnya, ia bukanlah halangan setelah ada kepentingan (maslahat) yang ingin dicapai.

Inilah disebut aqidah yang diracuni pemikiran liberal. Ia benar-benar menjauhkan umat ini dari Islam secara halus mahupun jelas..Dengan memahami isu fundamental ini, kita boleh memuhasabah diri dan memperbaharui syahadah kita agar ia benar-benar bererti. Bukannya hanya meniti di bibir seperti sebuah pita rakaman yang dimainkan, menyebut-nyebut sesuatu tanpa ada kesedaran tentang apa yang dilafazkan.

Peperangan Melibatkan Rasulullah s.a.w

Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, kaum muslimin terlibat dalam sekurang-kurangnya 29 ghazwah (perang) yang mana sebahagiannya disertai secara langsung oleh baginda dalam pertempuran, ataupun sebagai komander :

  1. Perang Waddan (2 Hijrah).
  2. Perang Bawat (2 Hijrah).
  3. Perang Al-Asherah (2 Hijrah).
  4. Perang Badr (2 Hijrah).
  5. Perang Badr Al-Kubrah (2 Hijrah ).
  6. Peperangan menentang Bani Saleem (2 Hijrah).
  7. Peperangan menentang Bani Qaenaqaa’ (2 Hijrah ).
  8. Perang of Al-Saweeq (2 Hijrah ).
  9. Perang Amr (3 Hijrah).
  10. Perang Bahran (3 Hijrah).
  11. Perang Uhud (3 Hijrah).
  12. Perang menentang Hamraa’ Al-Asad (3 Hijrah).
  13. Perang menentang Bani Al-Nazeer (4 Hijrah).
  14. Perang Al-Reqaa’ (4 Hijrah).
  15. Perang Badr Al-Akherah (4 Hijrah).
  16. Perang Domat-Ul-Gandal (5 Hijrah).
  17. Perang Al-Khandaq (5 Hijrah).
  18. Perang menentang Bani Al-Mustalaq (5 Hijrah).
  19. Perang menentang Bani Qurayzah (5 Hijrah).
  20. Perang menentang Bani Lehyan (6 Hijrah).
  21. Perang Qird (6 Hijrah).
  22. Perang Hudaibiah (6 Hijrah).
  23. Perang Khaibar (7 Hijrah).
  24. Perang Umrat Al-Qadaa’ (7 Hijrah).
  25. Fathul Makkah (8 Hijrah).
  26. Perang Haneen (8 Hijrah).
  27. Perang Al-Taif (8 Hijrah).

Perang Tabuk (9 Hijrah) Terdapat 27 peperangan dari jumlah 29 perang yang berlangsung dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, hanya 9 daripadanya merupakan peperangan di nama baginda s.a.w sendiri menghunus pedang dan bertarung secara langsung:

  1. Perang Badr (2 Hijrah).
  2. Perang Uhud (3 Hijrah).
  3. Perang Khandaq (5 Hijrah.
  4. Perang menentang Bani Qurayzah (5 Hijrah).
  5. Perang Al-Mustalaq (5 Hijrah).
  6. Perang Khaibar (7 Hijrah).
  7. Fathul Makkah (8 Hijrah).
  8. Perang Haneen (8 Hijrah).

Perang Al-Taif (9 Hijrah).
Walaupun para cendikiawan Islam berbeza pandangan mengenai jumlah sebenar peperangan yang disertai baginda s.a.w, namun sebahagian besar bersetuju bahawa 27 dari peperangan yang dierstai baginda dengan 9 darinya melibatkan baginda secara langsung di dalam pertempuran.

Bassel Elgohary Helal (2018)